in

“Jangan peduli apa orang cakap” – Pernah Dikecam, Pemandu Lori Kontena Ini Buktikan ‘Women Power’!

Syaz Ft 2026 04 30T222748.086

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kata kerja mengendalikan jentera berat dan lori kontena hanya terhad kepada kaum lelaki sahaja? Zaman sekarang, wanita pun dah semakin hebat dan berani menceburi bidang yang selama ini didominasi oleh kaum Adam.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita berjiwa kental dikenali sebagai Zuraida, yang membuktikan bahawa fizikal bukanlah penghalang untuk dia mencari rezeki sebagai seorang pemandu lori kontena.


Artikel berkaitan: 8 Wanita Hebat Malaysia Yang Dikenali Di Luar Negara

Artikel berkaitan: “Baru dia tahu wanita Malaysia macam mana”- Tindakan Wanita Ini Bongkar Taktik Licik Peniaga Buat Ramai Puas Hati

Mula Bawa Lori Sejak Zaman Bujang

Menerusi temu ramah bersama Lobak Merah, Zuraida mendedahkan minatnya terhadap kerja lasak ini bukanlah perkara baru. Malah, dia sebenarnya sudah mula memandu lori sejak dari zaman bujang lagi! Katanya, dia lebih gemar memilih pekerjaan yang mencabar keupayaan diri berbanding kerja-kerja pejabat yang biasa.

“Kotor Tak Apa, Janji Duit!”

Apa yang lebih mengagumkan, Zuraida langsung tidak kekok mengendalikan lori gergasi tersebut. Dari memandu di lebuh raya sehinggalah turun untuk melakukan kerja-kerja teknikal seperti mengunci (lock) kontena, semuanya dilakukan dengan penuh cekap.

Bagi Zuraida, dia tidak kisah jika tangannya kotor atau terpaksa berpanas di bawah terik matahari. Prinsipnya mudah:

“Kotor tak apa, janji duit masuk. Jangan peduli apa orang cakap. Apa yang kita minat, kita buat,” kongsinya.

Pernah Dikecam Kerana Jantina

Walaupun kini dia tampak sangat profesional, Zuraida tidak menafikan bahawa dia pernah berdepan dengan kecaman orang sekeliling. Ada segelintir pihak yang memandang rendah kemampuannya hanya kerana dia seorang wanita. Namun, segala kata-kata negatif itu hanya dijadikan pembakar semangat untuk dia terus maju dalam kerjaya pilihannya itu.

Mesej Buat Semua!

Sempena sambutan Hari Pekerja yang bakal tiba, Zuraida turut menitipkan pesan buat seluruh rakyat Malaysia, terutamanya kaum wanita, agar jangan pernah berputus asa dalam mengejar apa yang diminati. Selagi pekerjaan itu halal dan membuahkan hasil, teruskan usaha tanpa perlu menghiraukan pandangan serong orang lain.

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.