in

Lokman Adam Dipanggil Bodoh Sebab Samakan Zahid Hamidi Dengan Nabi Muhammad SAW

Ngonngek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan, berhati-hatilah sebab takut terpesong akidah terutamanya berkaitan agama dan nabi.


Baru-baru ni, Datuk Lokman Adam telah dibidas kerana menyamakan pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dengan cabaran fitnah yang dihadapi Nabi Muhammad SAW, lapor Malaysiakini. Eh seriuslah sampai ke tahap tu??

0A89426C38Fca870811Ae6D925Ad92Cb
sumber: malaysiakini

 

“Jangan bercakap ikut nafsu kalau tak cukup ilmu… ia suatu kebodohan” 

Perkara ni telah disuarakan pemimpin UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday kat Twitter yang sifatkan kenyataan Lokman tu sebagai ‘bodoh’ dan memalukan parti.

Tweet tersebut jugak telah mendapat sokongan Khairy Jamaluddin yang retweet posting Jais.

 

Triggered lepas Asyraf Wajdi suruh Zahid letak jawatan 

Lokman dikatakan mula triggered lepas Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki telah menuntut Zahid untuk meletak jawatan supaya pemimpin tersebut dapat beri tumpuan sepenuhnya terhadap pertuduhan yang dihadapi di mahkamah sekarang.

Tak setuju dengan kenyataan Asyraf, Lokman dalam video malam tadi berkata Nabi Muhammad juga pernah difitnah, tapi Allah tak pernah perintahkan baginda ‘bercuti’. Oh… okay.

Apakah Rasulullah tidak pernah difitnah, dicerca dan dimaki musuh? Pernah diturunkan ayat yang memerintahkan Rasulullah bercuti?” soal Lokman.

https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/2121953231182258/?fref=mentions&__xts__[0]=68.ARB_Que0pCW0SjQ1lRJ8D6u0GrL05IK-GtwS8_j4-ldddLlh4aLRAQSYga3ZJY-lrGWathJXDBECRxoPDwCnTtum4WK_dj6a5CBSmTfbmFuyAb077KcNWlWcXnwxCOqWGct-9AXxMXIzgIUkdaQnEmNnPKwlVaWMRH1Rp0nOksTrVeqVDFtIFkHt_5ohklDneoJrsi1kjGnNewsoeldEnSP2B3I&__tn__=K-R

Walau bagaimanapun, sebilangan daripada pemimpin UMNO lain termasuklah Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Maulizan Bujang dikatakan menyokong saranan Zahid untuk bercuti.

Dengan mengambil cuti, Zahid boleh beri tumpuan untuk pertahankan dirinya dan UMNO juga boleh teruskan proses pemulihan parti.

Hmm over sangatlah guna perumpamaan samakan dengan nabi tu… kalau guna figure lain mungkin orang tak kecam. 

Baca: Lokman Adam dan Ellie Suriaty Dihalang Masuk Mahkamah

Laes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.