in

Lokman Adam dan Ellie Suriaty Dihalang Masuk Mahkamah

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam sekali lagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini.


Menurut Malaysiakini, Najib kini sudah pun tiba di kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan dijangka berdepan sekurang-kurangnya tiga tuduhan baru melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

1
sumber: malaysiakini

Ketibaan Najib di mahkamah disambut dengan penyokong-penyokong kuatnya. Namun, difahamkan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bersama kira-kira 20 penyokong Najib termasuk pelakon dan pengarah Ellie Suriaty dilarang memasuki kompleks mahkamah oleh anggota keselamatan.

Bercakap dengan pihak media, Lokman mengatakan bahawa apa yang berlaku hari ni menunjukkan satu lagi sikap diktator pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

2
sumber: malaysiakini

“Mereka bertindak dengan sesuatu yang tak boleh diterima akal iaitu menghalang orang awam memasuki kompleks mahkamah.

“Bukannya nak masuk kamar mahkamah, tapi nak masuk kawasan mahkamah saja.”

Bukan itu je, Lokman juga mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sangat terdesak untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka benar-benar serius mendakwa Najib di mahkamah.

Sementara itu, dilaporkan Najib kelihatan tenang tiba di mahkamah ditemani dua orang anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.

Kita tunggu jelah keputusannya.

Baca: Najib Suruh PH Jangan Sibuk, Bayar Hutang 1MDB

Najib 1Mdb 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.