Lisa Blackpink Jamah Makanan Thai Atas Plak Sempena Meraikan 1 Bilion ‘Streaming’ Di Spotify

Tambah ke Sumber Pilihan
Lisa Blackpink Jamah Makanan Thai Atas Plak Sempena Meraikan 1 Bilion ‘Streaming’ Di Spotify

Siapa tak kenal salah seorang penyanyi kumpulan K-pop, Lisa Blackpink yang sering menjadi kegilaan para peminatnya di seluruh dunia. Selain itu, penyanyi asal Thailand ini juga popular dengan lagu solonya iaitu ‘Money’.

Baru-baru ini, Lisa telah menerima plak penghargaan atas kejayaan lagu ‘Money’ yang telah mencapai 1 bilion streaming di platform lagu, Spotify. Dalam Instagram rasmi Spotify, mereka juga memuat naik video reaksi Lisa menerima plak kemenangan tersebut.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Today’s Top Hits (@todaystophits)

Atas kejayaan lagu ‘Money’, Lisa sangat gembira menerima penghargaan tersebut dan membaca ucapan oleh pihak Spotify.

Lisa, welcome to the Billions Club! With love from Spotify.

Tanpa membuang masa, Lisa segera membuka kotak hadiah tersebut dan dia sangat teruja melihat hadiah plak yang sangat besar itu.

Artikel berkaitan: Siapa Paling Kaya? Ini ‘Net Worth’ Setiap Ahli Kumpulan BLACKPINK Untuk Tahun 2023

Artikel berkaitan: “Ternganga aku dengar” – Komen Isu Konsert Blackpink, Netizen Puji Sajat Bijak Hal Ekonomi

Jamah makanan favourite atas plak

Lisa terus beralih ke dapur untuk memasak makanan kegemarannya iaitu ‘Khai Jiao’. Menurutnya, ‘Khai Jiao’ adalah telur dadar udang ala Thai yang diletakkan sedikit rempah di atasnya.

Setelah ‘Khai Jiao’ siap dimasak, Lisa menghidangkan makanan itu bersama nasi di atas plak kemenangan tersebut sebelum menjamahnya.

Menurut Spotify, lagu ‘Money’ nyanyian Lisa telah mendapat 1 bilion streaming di platform itu dan menjadikan Lisa sebagai penyanyi wanita K-pop pertama yang mencapai kejayaan itu.

Menyingkap di ruangan komen, rata-rata peminat Lisa mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu.

Aaa 1

Aaa 3

Sumber: Instagram

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lisa Blackpink Jamah Makanan Thai Atas Plak Sempena Meraikan 1 Bilion ‘Streaming’ Di Spotify
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lisa-blackpink-jamah-makanan-thai-atas-plak-sempena-meraikan-1-bilion-streaming-di-spotify/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM