in

“Ternganga aku dengar” – Komen Isu Konsert Blackpink, Netizen Puji Sajat Bijak Hal Ekonomi

Sajat Fuhhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, kumpulan k-pop terkenal, Blackpink baru saja mengadakan konsert di Malaysia pada hujung minggu lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Penganjuran konsert tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen, ada yang menyukainya dan ada pula yang membantah konsert itu diadakan di Malaysia kerana budaya yang dibawa bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Blackpink Concert In Malaysia

Konsert Blackpink jana ekonomi negara – Sajat 

Walau bagaimanapun, tular semalam satu video memaparkan usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat mengulas mengenai isu konsert Blackpink di TikTok.

Menurut Sajat, penganjuran konsert kumpulan k-pop tersebut di negara ini merupakan satu pelaburan kerana penonton yang hadir ke konsert berkenaan bukan saja datang dari Malaysia tapi dari negara-negara lain seperti Thailand dan Singapura.

Sajatt

 

You kena faham juga konsert tu pula bukan bagi keuntungan pada Blackpink 100%, (ia juga beri keuntungan) kepada kita punya sektor pelancongan. Orang-orang luar (seperti) Brunei yang mana excited tengok Blackpink tu akan turun Malaysia. 

“Benda ni you anggap this is business, this is business.This (is) call tourism. Cuti-cuti Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, kalau tak ada acara hiburan di sesebuah negara, takkan ada pelancong yang datang ke negara kita.

“Dia dapat negara ini masa tengah konyok” 

Dalam pada itu, Sajat juga dilihat menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya sedang berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara.

“Oo sekarang ni Anwar tak buat apa-apa, ya Anwar dapat negara ni masa dia tengah konyok. Dia dapat negara pun dalam keadaan yang nyawa-nyawa ikan. 

“Takkanlah you alls hanya bagi dia setahun, oo apa yang dia buat, apa yang dia buat… Nok kau tak nampak ke sekarang ni, inilah permulaan… sebab tulah ada konsert. 

“Sedikit demi sedikit… bukan yang korang bagi dia jadi pemimpin semuanya akan back to normal, tak! Semuanya memakan masa. Paling tidak pun paling minimun dua penggal, 10 tahun,” katanya.

@sajatperempuanfuh

KONSERT ARTIS LUAR ADALAH INVESTMENT UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA #sajat #nursajat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral

♬ original sound – SajatNur – SajatNur

Video yang dikongsikan di TikTok itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memuji kebijaksanaan Sajat dalam mengulas mengenai hal tersebut.

Sajat Ekonomi

Wah tak sangka Sajat bijak bab ekonomi ni! 

Baca: “Yang penting saya bukan penyodol” – Sajat Bidas Netizen Lepas Gambar Seksi Dikecam

Sajatss

Sumber: Blog
Sumber: Instagram
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.