in

“Let’s appreciate effort semua orang buat video” – Khairul Aming Respon Isu ‘Tiru Content’

Ft Khairulaming Buka Mulut Isu Tiru Content

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perasan, untuk bulan Ramadan tahun ini, ramai yang akan buat content video masak-masak ala-ala cara Khairul Aming dan ia menjadi satu isu di Twitter.


Ramai netizen yang perli dan kecam content creators ini kerana dilihat masing-masing berlumba-lumba nak jadi macam influencer untuk food content ni.

Selepas beberapa hari namanya sering disebutkan, tuan empunya badan akhirnya tampil buka mulut.

 

Bukan senang weh nak buat video, memang penat. lets appreciate effort semua orang yang buat video ni.”

Baginya, apa salahnya dan lebih menggalakkan untuk meriahkan lagi industri. Dalam pada itu, Khairul Aming turut bandingkan negara kita dengan negara jiran yang mempunyai content yang hebat.

Malah, dia juga turut menjelaskan bahawa untuk menghasilkan satu video itu bukanlah satu perkara yang mudah, jadi dia menggesa kita semua hargai segala hasil yang dibuat oleh individu yang nak buat content sendiri ni.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut berharap agar isu ini tidak perlu dibangkitkan lagi. Malah dia juga menyatakan bahawa ramai orang kita yang berbakat, jadi boleh gunakan platform seperti TikTok untuk tunjukkan bakat mereka. Ia jadi satu kerugian kalau kita sekat orang-orang yang berbakat sebegini.

Tuan empunya badan sendiri siap bagi support kita bulan puasa ni tak yah lah nak condemn.

Baca : “Apa yang kecoh sangat?” – Dituduh Tiru ‘Content’ Masak Khairul Aming, Instafamous Beri Penjelasan

Aiman Salim Dituduh Tiru Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.