Bersempena dengan Ramadan ini, kita dapat lihat ramai content creators tak kiralah di Facebook ke, Instagram mahupun di TikTok, rajin memuat naik video-video perkongsian masakan untuk berbuka, sahur dan sebagainya.
Meskipun ramai yang teruja dengan video-video ini, namun seorang instafamous yang dikenali ramai, Aiman Salim ataupun lebih dikenali sebagai Abang Man berasa terkilan gara-gara dirinya dituduh meniru Khairul Aming.
“Kau nak cakap aku tiru dia sebab buat content masak?”
Menerusi perkongsiannya di Twitter, dia telah meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen menuduhnya meniru Khairul Aming gara-gara memuat naik video masakan di bulan puasa.
Merasa ‘koyak’ dengan tuduhan tersebut, Aiman menjelaskan bahawa memasak merupakan minatnya sejak dari kecil lagi dan content memasak yang dibuat bukanlah sebab dia nak meniru Khairul Aming.
So aku ada jumpa some tweets yang cakap belakang tentang aku tiru 'khairul aming'. Lepastu diorang kata takut nak tegur aku, sebab nanti kena bash dengan fans bagai. Ok kau nak main indirect, takpa meh sini aku cerita.
— bangman (@aimansalim_) April 7, 2022
Aku dari umur 14 tahun, aku dah belajar masak sikit2. Sebab mak aku mengasuh budak dulu, lepastu mak aku penat, so aku tolong masakkan dinner.
Minat masak aku tu sampai aku apply culinary, tapi tak dapat sebab takda rezeki. Kau nak cakap aku tiber memasak sebab nak tiru orang?
— bangman (@aimansalim_) April 7, 2022
Tambahnya lagi, ada juga yang mengatakan resepi masakan Aiman ‘entah apa-apa’ dan terlalu simple. Pun begitu, masakan tersebut sengaja dibuat begitu supaya lebih ramai yang boleh ikut. Aduh kesian bang man kena kecam tak pasal-pasal…
Kau nak cakap aku tiru orang? Content masak aku sebelum ini 'lapaq tengah malam', aku post tengah malam. Ada orang lain yang memasak, post tengah malam?
— bangman (@aimansalim_) April 7, 2022
Cuba kau bagitahu aku, apa yang kau kecoh sangat dengan kelakuan aku? Content aku bersih, takda nak tiru orang, takda nak sakitkan hati orang. Apa yang kau kecoh sangat?
— bangman (@aimansalim_) April 7, 2022
“Mana ada istilah tiru, baik ada 1000 khairulaming dari 1000 aisar khaled”
Perkongsian dari Aiman telah mendapat sokongan netizen yang mana rata-rata memuji usahanya membuat content memasak.
Malah ada juga di kalangan netizen meminta individu untuk berhenti mengecam content creator lain yang membuat content masakan kerana bukan Khairul Aming seorang saja yang boleh membuat content berkenaan.
Apa-apapun bagi korang yang nak follow Bang Man punya masakan sepanjang bulan puasa ni, korang boleh je ke Instagram beliau. Nah ini antara resepi Ramadan yang dikongsikan Aiman. Air tembikai tu buat min terliur pulak!
Kalau content bagus kita sokong. Tak baik kecam-kecam ni tau.
Baca: Khairul Aming Minta Maaf Terpaksa Cancel Video 30 Hari Sahur Gara-gara Simptom Long Covid