in

“Letak tape, diaorang putuskan” – Mat Motor Dan Kereta ‘Sesuka Hati’ Rentas Pagar MBSA, Masuk Dataran Shah Alam

Shahalam4

Tempat yang sepatutnya menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah yang mana banyak orang awam akan jogging, berbasikal, kanak-kanak berlari kini telah menjadi ancaman buat mereka yang berkunjung di Dataran Shah Alam.

Ia selepas didedahkan oleh salah seorang pengunjung selepas ada kanak-kanak yang hampir dilanggar ketika sedang berbasikal.

Menurut @twinnourla, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah pun memagar jalan masuk disitu tetapi ada beberapa pihak tak bertanggungjawab ‘langgar’ penghadang tersebut dan masuk dengan kenderaan mereka.

 

Ada orang yang degil otak sempit masuk kawasan ni dgn motor dan kereta pastu bawak laju2. Nak kena ada budak kena langgar ke baru orang sedar dan ikut arahan?”

Wanita ini menzahirkan rasa bengang selepas melihat ada sekumpulan penunggang motosikal masuk sehinggakan kanak-kanak yang berbasikal dikawasan tersebut terpaksa membiarkan mereka lalu kerana mereka hampir dilanggar kereta.

 

Kat kiri dan kanan pagar tu ada laluan pejalan kaki. MBSA letak tape je supaya org bole lalu tapi ada mat2 motor yang bodoh selamba potong sebab nk lalu. Aku nampak dgn mata sendiri diorang putuskan tali tu”

Dataran Shah Alam merupakan satu tempat riadah dimana kenderaan haruslah diletakkan di luar kawasan dataran. Sebagai anak kelahiran Shah Alam, wanita ini menjelaskan bahawa tempat itu kini dah tak macam dulu lagi.

Orang ramai datang beriadah, budak-budak main basikal, berlari, tetapi sekarang agak sukar kerana ada orang sanggup buka pagar untuk masukkan kenderaan mereka sehingga mengancam keselamatan nyawa kanak-kanak yang berkunjung disitu.

Menurut wanita ini, ada kemungkinan orang-orang yang datang ‘buat kacau’ ditempat tersebut merupakan orang luar dari kawasan itu.

Disebabkan itu, wanita ini muat naik tweet tersebut berharap agar ada pihak berkuasa membuat pemantauan ketat bagi membendung golongan-golongan ini menadangkan lokasinya dekat sahaja dengan balai polis dan pejabat MBSA.

Ini kerana, wanita ini mendakwa ada satu kejadian penunggang motosikal buat bising di kawasan tersebut pada lewat malam. Tempat ini juga terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.

Tak sampai satu hari ia dimuat naik, tweet yang telah meraih hampir 4,000 jumlah perkongsian sepanjang tempoh 16 jam ini telah mendapat perhatian Timbalan Pengarah di Majlis Sukan Negeri Selangor, Najwan Halimi dan akan bincang tindakan susulan dengan MBSA

 

Baca : “Banyak sangat salah faham dia” – Kes Khemah Di Seksyen 7, Jakel Nafi Guna Bekalan Elektrik Tanpa Kebenaran?

Jakel