in

“Banyak sangat salah faham dia” – Kes Khemah Di Seksyen 7, Jakel Nafi Guna Bekalan Elektrik Tanpa Kebenaran?

Feature 3 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kontroversi yang melanda gedung kain terkemuka negara, Jakel belum lagi reda apabila khemah jualan mereka di Seksyen 7, Shah Alam telah dirobohkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.


Katanya, khemah tersebut telah didirikan tanpa kebenaran dan bekalan elektrik juga digunakan secara haram. 

Namun, kali ini pihak Jakel telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan mereka menafikan penggunaan elektrik tanpa kebenaran daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), lapor Sinar Harian.

Jakel 3

Mohamed Izani Mohamed Jakel yang merupakan pengarah Jakel cawangan Shah Alam mengatakan mereka ada meter elektrik yang sah. Katanya, Jakel Shah Alam tak pernah miss bayar bil elektrik setiap bulan.

Jakel 4

Pulak dah, mana satu betul ni, Jakel ke MBSA? 

Selain itu, pihak mereka juga mendakwa khemah yang dirobohkan semalam bukan milik syarikat itu sebaliknya ia milik syarikat dari Johor Bharu yang tidak sempat diruntuhkan akibat PKP selepas tamat permit.

Yang peliknya, kenyataan rasmi di Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam berkenaan perkara itu juga telah ditukar selepas beberapa jam. Mula-mula, Jakel didakwa menggunakan elektrik tanpa kebenaran TNB. Beberapa jam lepas tu, struktur elektrik yang digunakan oleh syarikat tersebut dikatakan tidak mengikut piawaian yang sepatutnya. 

Kenyataan lama sebelum ditukar 

Jakel 1 1

Kenyataan baharu 

Jakel 2 1

Pening pulak admin. Apa pendapat korang, yang mana satu betul ni? Apa-apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Dah bertahun baru tahu sekarang” – Khemah Milik Jakel Diroboh, Guna Bekalan Elektrik Tanpa Kebenaran

Jakel

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.