Letak Ayam Proses Atas Lantai Berlumut & Berdaki, DBKL Arah Pusat Sembelih Ayam Cheras Ditutup

Tambah ke Sumber Pilihan
Letak Ayam Proses Atas Lantai Berlumut & Berdaki, DBKL Arah Pusat Sembelih Ayam Cheras Ditutup

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Walaupun banyak premis dan restoran yang tahu kesan yang akan dialami oleh mereka sekiranya tak menjaga kebersihan, tapi masih ramai yang abaikan.

Macam baru-baru ini, DBKL telah memuat naik beberapa gambar pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak, Cheras selepas serbuan dibuat bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di premis berkenaan.

Menurut kenyataan di posting Facebook DBKL, pusat penyembelihan ayam tersebut telah diarah tutup kerana beroperasi dalam keadaan daif dan menjijikkan.

Semasa serbuan dibuat pada jam 1 pagi semalam, pihak DBKL menemui lantai dan dinding ruang pemprosesan penyembelihan ayam ini berkarat, berlumut dan berdaki hitam.

Screenshot 2022 09 14 At 1.15.06 Pm

Tak cukup dengan itu, semua pekerja di sana yang kebanyakannya warga asing itu juga tidak mendapatkan suntikan tifoid serta gagal mempamerkan dokumen pengenalan.

Tiada sistem penapisan sisa efluen menyebabkan sisa buangan termasuk darah ayam dialirkan terus ke saliran atau longkang awam.

“Tandas turut kotor serta tiada kelangkapan asas. Malah ayam didapati diproses dan diletakkan di atas lantai.”

Ekoran ini, sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan ke atas premis ini serta notis Perintah Penutupan Di bawah Akta Makanan 1983 – arahan pembersihan dan penambahbaikan berkuatkuasa 13 September 2022.

Selain itu, JAS WPKL turut mengambil sampel air untuk dianalisa serta penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127.”

Baca: Gara-gara Lantai Tandas Sekolah Terlalu Kotor, Ada Pelajar Sanggup ‘Tahan Lapar’ & Makan Di Rumah

Tandas Sekolah Basah Dan Kotor Punca Pelajar Elak MakanSumber: Gambar hiasan

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Letak Ayam Proses Atas Lantai Berlumut & Berdaki, DBKL Arah Pusat Sembelih Ayam Cheras Ditutup
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/letak-ayam-proses-atas-lantai-berlumut-berdaki-dbkl-arah-pusat-sembelih-ayam-cheras-ditutup/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM