in

Les’ Copaque Production Mahu Hasilkan Video Permohonan Maaf Fizi Untuk Sejukkan Hati Peminat

Aa 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tular sebuah sedutan episod Upin & Ipin yang ditayangkan di saluran MNCTV Indonesia, watak Fizi dikecam dan telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat di media sosial.


Melihatkan situasi ini, pengarah Les’ Copaque Production, Buhanuddin Md Radzi berkata pihaknya kini dalam proses pembikinan video permohonan maaf untuk watak Fizi.

Upin No Heaven 20200529

Namun, soal tarikh dan medium pilihan untuk penyiaran video permohonan maaf ini akan tertakluk kepada keputusan stesen penyiaran yang bertempat di Indonesia itu (MNCTV).

“Disebabkan watak Fizi yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penonton dan peminat siri animasi ini, dia sendiri yang akan kita tampilkan membuat permohonan maaf”

“Diharapkan apabila permohonan maaf itu disiarkan, mereka (netizen) akan kembali ‘sejuk’… Insya-Allah,”, ujar Burhanuddin.

Di samping bertujuan untuk meredakan keadaan yang sedang tegang, idea penghasilan video ini sebenarnya bagus untuk menaikkan lagi rating siri animasi Upin & Ipin. Bijak!

Mohon rakan-rakan di luar sana maafkan Fizi. Jauh lagi perjalanan budak ni.

Sumber: Berita Harian

 

BACA: [VIDEO] Netizen Indo Bengang Dengan Fizi Lepas Tengok Animasi Upin Ipin Version Syawal

Z

Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.