Siapa tak kenal animasi kegemaran rakyat Malaysia, Upin & Ipin? Animasi yang mula ditayangkan di Malaysia pada tahun 2007, kini semakin popular di Indonesia.
Kebiasaannya kita lihat, orang lain memakai pakaian seperti Upin ataupun Ipin. Kali ini, seorang pak cik dari Indonesia mengenakan pakaian seperti salah satu watak dalam animasi tersebut iaitu Tok Dalang.
@faishaaaaal Replying to @hzwn.haha huih.. mengerikannnn #outfitbabehendin #outfitbabeh #outfitideas
Video yang dimuat naik oleh Faishal di TikTok miliknya memaparkan datuknya memakai pakaian lengkap yang sama seperti Tok Dalang. Bukan itu sahaja, pak cik itu juga sempat mengambil beberapa gambar dengan meniru posing Tok Dalang.
Posing macam Tok Dalang
Jika kita imbas pakaian watak Tok Dalang dalam animasi Upin & Ipin, dia memakai outfit yang ringkas seperti seluar panjang berwarna hitam, baju berwarna putih di dalam, jaket warna hijau gelap serta kopiah di kepala.
Sama seperti pak cik dari Indonesia ini, dia juga memakai pakaian yang lebih kurang sama dengan Tok Dalang. Dia juga meniru beberapa gaya Tok Dalang membuatkan dia nampak sama seperti watak tersebut.
Salah satu gaya siap pakai spec hitam lagi!
Artikel berkaitan: “Ini Ceplos bukan Upin Ipin” – Reaksi Pembeli Ketika Beli Gula-Gula Kapas Buat Ramai Terhibur
Artikel berkaitan: [VIDEO] Terlalu Menghayati Tengok Upin & Ipin, Budak Menangis Sebab Sedih Ehsan Pindah
Video pendek yang berdurasi 18 saat itu telah mendapat 39.6K likes dan 537 komen. Rata-rata netizen terhibur melihat video ini kerana pak cik tersebut nampak sama seperti Tok Dalang.
Semat wo Tok Dalang ni!
Sumber: TikTok