Animasi Upin & Ipin sudah menjadi rancangan animasi kartun yang digemari oleh seluruh lapisan masyarakat khususnya untuk kanak-kanak. Animasi ini sesuai ditonton banyak golongan sebab banyak nasihat dan pengajaran yang boleh diambil dairipada animasi kartun ini.
Sempena Hari Raya Aidilfitri, animasi kartun Upin & Ipin ada ditayangkan di siaran tv di Indonesia bertemakan ‘Syahdunya Syawal’.
Melalui satu video yang dikongsikan di Twitter, ada satu scene dimana Mail, Fizi, Upin dan Ipin tengah borak pasal persediaan Aidilfitri. Dalam scene tu, Mail kata yang dia kena bantu ibunya untuk buat persediaan Aidilfitri sebab tu dia tak boleh main dengan kawan-kawannya.
Ipin memuji perbuatan Mail yang suka menolong ibunya membuat persediaan Aidilfitri.
“Baguslah kau ni Mail, anak mithali”
Lalu, Mail menjawab yang syurga tu letak dibawah tapak kaki ibu. Ayat daripada Mail itu mengundang tanda tanya kepada Upin dan Ipin.
“Kalau takde ibu?…”
“Tak ada lah syurga…”
Dengan selamba dan tanpa perasaan serba salah itulah yang dijawab oleh Fizi.
Tanpa menunggu lama, kelihatan air mata Upin dan Ipin bergenang lepas dengar jawapan tu dari mulut Fizi.
Amboii… Fizi mulut tak serupa bikin
Ramai netizen daripada Indonesia bengang dan marah dengan kata-kata Fizi yang tak jaga sensitiviti jawab macam tu dekat soalan Upin dan Ipin.
Dari awal gua liat fizi emang tipe temen yang toxic
Fizi kalau ngomong gada akhlak
Sampai trending nama Fizi kat Twitter
Tapi, mungkin dari animasi kartun ini ada benda yang nak disampaikan. Sebab, dalam realiti sebenar ada juga individu yang suka cakap tak seruba bikin tanpa memikirkan perasaan orang lain. So, sebelum nak cakap apa-apa kena fikir dulu ye…
Kesian Fizi kena kecam…
Apa-apa pun dalam semua rancangan tv tak kira animasi kartun atau rancanngan lain, netizen perlu ambil pengajaran dan faham apa mesej yang ingin disampaikan.