Pempengaruh, aktivis dan penyanyi Hazwani Helmi tidak berdiam diri apabila dirinya yang pernah menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dipersoal dan dipertikai.
Pertikaian yang dibuat oleh usahawan dan pempengaruh, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang itu tercetus selepas Hazwani kongsikan pengalamannya ketika menyertai misi tersebut tahun lalu.
Artikel berkaitan: Peserta Himpunan Solidarity Palestine Di Dataran Merdeka Yang Bawa Sepanduk Kutuk Netanyahu Digelar Zionis?
Artikel berkaitan: GSF 2.0: ZRA Serta 2 Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel
Ianya bermula apabila Hazwani kongsikan sikap hipokrit Zionis kepada peserta lain semasa dan selepas menjadi tahanan di sana, yang mana semasa ditahan di penjara, mereka tidak diberikan apa-apa makanan, minuman dan ubat-ubatan.
Bahkan, tentera laknatullah itu tidak membenarkan mereka tidur dan sentiasa diacu dengan senapang tanpa sebab, namun selepas mereka bebas daripada tahanan, mereka diberikan makanan dan minuman sambil merakam tindakan tersebut untuk nampak baik di mata umum.

Hantaran yang meraih 13.7K likes dalam masa 22 jam itu telah menarik perhatian Opai yang mempersoal Hazwani, mengapa dia yang mahu ke Gaza lagi.

Tidak berdiam diri, Hazwani tampil memberikan respon dengan mengatakan di mana pun seseorang itu berada, dia tetap berhadapan dengan risiko sebagai manusia. Jadi, Hazwani menitipkan pesanan dan nasihat agar senitasa berbakti sebelum ‘kembali’.

Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang turut mempertikaikan Hazwani dan ada juga yang mengecam persoalan yang dilontarkan Opai.
Sekadar info, Hazwani atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi bersama kakaknya, penyanyi dan aktivis, Nur Heliza Helmi sekali lagi menyertai misi GSF 2.0 untuk tahun ini.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat meneruskan misi tersebut kerana kapal yang membawa mereka mengalami kerosakan dan pulang ke Malaysia.
Sumber : Threads, Sinar Harian
