in

Lepas Ibu Bapa Meninggal, Anak Yatim Tak Sangka ‘Kakak Non Muslim’ Terbuka Hati Sanggup Jaga Adik Beragama Islam

Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak kisah mengenai hubungan kekeluargaan, kisah yang admin nak share dengan korang ni lah antara yang paling buat admin tersentuh.

Menerusi perkongsian di IIUM Confession, seorang lelaki bernama Zim menceritakan perjalanan hidupnya lepas ibu dan bapa tiri meninggal dalam kemalangan secara mengejut. Kehilangan tempat berteduh, Zim tak sangka dua kakak ‘non muslim’ jadi cahaya ketika hidupnya di ambang kelam. 


Nak tahu kenapa? Jom baca kisah Zim selanjutnya… 

 

“Dah ditakdirkan tak sampai dua bulan kahwin, mak dan ayah tiri kemalangan dan meninggal… waktu itu kecoh siapa nak jaga aku” 

Kisah sedih dalam hidup Zim ni bermula apabila ibunya yang baru dua bulan berkahwin dengan bapa tiri meninggal dunia dalam satu kemalangan. Bapa tiri Zim ni pulak rupanya seorang muallaf yang dahulunya beragama Kristian.

Bila dah jadi macam ni, keadaan jadi kecoh kejap sebab tak ada orang nak jaga Zim yang merupakan anak tunggal dalam keluarga. Tapi tak sangka pulak…

1 1
sumber: iium confession

 

“Kita boleh jaga ke budak ni? Okay ke dia tinggal dengan kita? Macam mana pulak dengan agama, bangsa dia…” 

Macam tak percaya, Zim bersetuju untuk tinggal dengan dua kakak tirinya walaupun dia orang berbeza dari segi agama dan bangsa dengan dia. Semuanya berjalan dengan lancar dan tak sangka pulak kakak non muslim Zim ni boleh tolerate je dengan kehidupan Zim sebagai seorang muslim.

2 1
sumber: iium confession

 

“Aku pernah kena panggil dalam bilik kaunseling sebab cikgu aku dengar akak aku ‘bukan Islam’…. cikgu beri amaran jangan mudah terpengaruh!” 

Tapi biasalah kan tanggapan masyarakat, bila menyentuh isu sensitiviti agama mesti ada yang tak puas hati. Gara-gara guru dapat tahu Zim ni tinggal dengan kakak yang bukan beragama Islam, habis dia dengan kakak-kakak dia kena ‘sound’ dengan cikgu tu.

Tak cukup dengan tu, ada jugak yang selalu bagi pandangan pelik dekat Zim dengan kakak-kakak dia kalau dorang mengaku adik beradik.

3 1

4 1
sumber: iium confession

 

“Walaupun dah bertahun, aku masih rasa awkward… rasa bersalah, apa lagi kalau kena belikan barang baru tak kisah baju atau apa-apa” 

Kakak-kakak Zim ni sebenarnya prihatin juga orangnya. Walaupun Zim ni jenis takut dan malu-malu nak minta apa-apa dari mereka, dia orang akan tetap belikan juga buat Zim. Siap kadang-kadang ingatkan dia tentang solat lagi.

5
sumber: iium confession

 

“Baru-baru ni aku terbaca Instagram akak aku. Dia post gambar kami bertiga aku pakai jubah convo. Panjang caption akak aku. Bila baca, aku rasa…” 

Sungguhpun tak ada pertalian darah dan masing-masing cuma adik beradik tiri saja, ternyata hubungan mereka ini makin erat dan secara tak sedar masing-masing sayang antara satu sama lain rupanya. Alahai sedihnya baca… 

6 1

7 1
sumber: iium confession

Basah pipi admin baca kisah menyentuh hati tentang hubungan adik beradik tiri ni. Meskipun ada yang cakap kisah ni macam ‘fake’ je, tapi banyak yang kita boleh belajar daripada kisah confession macam ni.

Yang paling penting, tak kiralah apa bangsa, warna kulit dan agama seseorang tu, kalau pandai jaga silaturrahim… tak mustahil semua yang baik akan datang pada kita.

Baca: Cari Lagu Dekat Phone Kawan Non-Muslim, Terkejut Jumpa…

Phone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.