Hidayah merupakan rahmat daripada Tuhan dan hanya insan terpilih je yang akan mendapat nikmat sebegitu.
Baru-baru ni, menurut Cari, seorang pengguna Twitter, Diana telah memuat naik status menceritakan mengenai rakannya yang bukan beragama Islam kini sedang cenderung ke arah mendekati agama Islam. Alhamdulillah.
Diana menjelaskan dia dengan tidak sengaja menjumpai sesuatu secara tidak sengaja di dalam handphone rakannya itu semasa tengah membuat carian lagu. Apa yang ditemuinya di dalam handphone berkenaan membuatkan Diana berasa sebak lagi-lagi apabila dapat tahu rakannya itu sedang mendalami agama Islam.
Sememangnya, daripada gambar yang dikongsikan oleh Diana, ternyata rakannya itu sering kali membuat carian dan mendengar ayat suci al-Quran dan zikir.
Sejak memuat naik tweet tersebut, ramai yang meminta supaya Diana memberikan sokongan kepada rakannya itu dalam mencari hidayah.
Diana juga memberitahu sebenarnya rakannya itu sedang dalam proses memujuk bapanya menerima keputusannya untuk bergelar seorang Muslim.
Bukan itu je, ramai juga yang turut sama mendoakan agar sahabat wanita ini berjaya memeluk agama Islam dan dipermudahkan urusan hidupnya.
Sementara itu, terdapat seorang pengguna Twitter non-Muslim yang meninggalkan komen memberitahu dia juga turut tertarik dengan apa je yang berkaitan dengan Islam serta meminta orang ramai mendoakannya.
Wah, Alhamdulillah. Semoga urusan mereka yang ingin mendalami dengan ajaran agama Islam dipermudahkan.