in

“Lengkap dgn kolam renang, ruang karaoke” – Demi Keselesaan Anjing Peliharaan, Nia Ramadhani Sewa Banglo 3 Tingkat RM21,333 Sebulan!

Nia6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ikuti perkembangan pelakon jelita dari Indonesia ni mesti korang tak pelik dengan kekayaan dia.


Sebelum ni dia viral pasal sesat kat rumah sendiri (bayang sendiri betapa besarnya rumah dia sampai boleh sesat), lepastu viral pasal katil dia dianggarkan mencecah RM59,000! Saiz katil pun besar weh, 5 meter lebar! Kalau sampai tengah katil dah malas nak turun tu.

Ya, sekarang admin tengah cakap pasal Nia Ramadhaniiiiii.

Pada 21 September lepas dalam show dia sendiri, Nyonya Boss, aktres jelita ni ada buat pengakuan yang mengejutkan.

 

Nia tak tau sayur kena simpan dalam peti ais

Menurut sumber, Nia pelik kenapa pembantu rumahnya menyimpan sayur ke dalam peti ais.

Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan biarkan begitu sahaja?”

 

Sewa banglo 3 tingkat untuk anjing peliharaan

Sumber tersebut turut mengatakan yang Nia sebenarnya tak suka binatang tapi suami dan anaknya nak sangat bela.

“Saya beli tiga bulan lepas. Saya sebenarnya tak suka dengan binatang tapi Ardi (suami) dan Mikhayla (anak) nak sangat beli anjing. Jadi, kalau nak beli, saya nak tengok rupa dia dulu. Kalau saya suka look dia, lagi senang nak sayanginya.”

Nia pilih baka Akita dari Jepun, namanya Maximus. Serius comel.

Nia2

Katanya, dia terus jatuh cinta dengan Maximus tapi awalnya, Ardi tak setuju, mahal sangat. Tapi Nia berkeras nak juga!

Ardi terus bebel ‘jangan yang ini, ni paling mahal‘. Eh saya taknak tau. Memang dia sangat mahal tapi saya tak tau harganya sebab Ardi yang beli. Kalau nak anjing, saya nak dia. Sepertinya, suami saya mampu deh.”

Nia3

Aktres ini sempat menceritakan tentang hubungannya dengan Maximus sepanjang dia membelanya. Katanya anjing itu sangat memahami.

“Pertama kali dekatinya, nama pun rumah tangga ada je masalah. Saya lagi nangis teruk dan dia mendengar. Saya rasa yang paling fahami saya adalah Maxi.”

Jadi, sebagai tanda penghargaan Nia telah menyewa sebuah banglo 3 tingkat untuk Maxi. Siap ada kolam renang dengan ruang karaoke!

 

Sewa RM128,723 untuk 6 bulan

Nia sewa banglo tu untuk tempoh 6 bulan dan bayar sebanyak 460 juta rupiah, hampir RM129,000. Means, RM21,333 sebulan.

Nia4

Boleh beli Perodua Kelisa Auto sebiji ya. Ada extra lagi.

Sumber : mStar , liputan6 , indozone

 

Baca : Lelaki Indonesia Beli Seluar Dalam Terpakai DJ Terkenal Dengan Harga RM14,000

Nia

Sumber: instagram
Sumber: instagram
Sumber: indozone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.