Pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada awal tahun ini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah ekonomi juga bergerak perlahan ekoran banyak perniagaan dan kedai terpaksa ditutup.
Turut terkesan, seorang DJ yang dikenali sebagai Dinar Candy juga mengalami krisis kewangan apabila dia tidak mempunyai pendapatan selama 7 bulan ekoran Covid-19. Mungkin disebabkan kelab malam yang ditutup di Indonesia sepanjang perintah berkurung dijalankan.
Untuk mendapat pendapatan sampingan, dia mendapat idea dan memuat naik status ini di laman sosial:
“Hai guys selama 7 bulan aku tidak ada penghasilan yang jelas karena corona, ditambah lagi sekarang PSBB. Jadi aku mau jual beberapa barang-barang aku. Salah satunya aku mau jual celana dalam aku, ini kancut aku.
Aku mau jual seharga lima puluh juta. Jadi ini udah dipakai guys. Jadi yang minat kalian boleh WhatsApp asisten aku. Nanti nomornya aku cantumin di bawah.
Ini serius ya guys, jadi aku nggak main-main, makasih”
Terang Dinar Candy, dia sanggup menjual seluar dalam yang pernah dipakai kepada mana-mana pembeli yang berminat. Jelasnya lagi, dia akan membuka harga dengan nilai RM14,000 dan mereka yang mahu boleh menghubungi pembantunya.
Tidak lama selepas itu, seorang lelaki dengan nama Bobby Struntrider menyatakan niatnya untuk membeli seluar dalam tersebut dan terus membuat proses pemindahan wang.
“Booking yaa, jgn dikasih orang lain”
Gembira dengan apa yang terjadi, Dinar Candy memuat naik gambar yang menunjukkan seluar dalam miliknya sudah berjaya dijual kepada pembeli dengan harga RM14,000! Harga yang agak mahal untuk sehelai seluar dalam terpakai, namun hanya si pembeli sahaja tahu nilainya.
“SOLD OUT guyss, akhirnya kancut aku ke jual juga 50jt, makasih ya”
Bangga dengan pembelian barang ‘rare’ itu, Bobby memuat naik gambar seluar dalam terpakai tersebut di laman Instagram untuk dikongsikan kepada pengikutnya. Namun, rata-ratanya mempersoalkan tindakan lelaki ini yang membeli pakaian dalam wanita.
“Ini strategi naikin followers”, ujar seorang pengguna Instagram yang pelik dengan tindakan lelaki ini.
Sumber: Fin
BACA: Sebut ‘Anjay’ Sebanyak 100,000 Kali Selama 10 Jam, Lelaki Ini Raih Setengah Juta Tontonan