Nama Nia Ramadhani semakin heboh disebut netizen Indonesia dan tak ketinggalan di Malaysia juga selepas dia ditahan polis beberapa hari lalu bersama suaminya kerana kantoi ambil dadah jenis syabu.
Susulan penangkapannya ini, pihak polis memberitahu media di sana bahawa Nia Ramadhani yang terkenal dengan lakonannya dalam sinetron “Bawang Putih, Bawang Merah” telah pun mengaku yang dia, suaminya dan pemandu peribadinya telah mengambil syabu sejak 5 bulan lalu kerana tekanan kerja.
“Itu tergantung iman masing-masing”
Ekoran ini juga, netizen di negara itu telah throwback video temubual lama Nia Ramadhani pada tahun 2018, di mana artis ini mengaku yang dirinya pernah ditawarkan dadah namun tak tergoda.
Dalam temubual tersebut, Nia mengatakan dia telah menceburi bidang lakonan ini sejak usianya 14 tahun dan sejak itu dia dah tahu tentang kewujudan dadah dalam kalangan penggiat seni.
Bagi saya, semuanya tergantung iman masing-masing. Dari saya kecil, tawaran dadah sudah ada dari dulu, bukan di kelab saja. Semuanya juga bergantung pada diri sendiri.”
Selain itu, Nia turut memberitahu walaupun dia sering ditawarkan dadah, didikan dari ibu bapanya telah membuatkan dia kuat untuk tak tergoda dengan tawaran dadah yang diterimanya.
Berbalik semula kepada cara didikan ibu bapa kita. Ibu bapa saya telah memberikan contoh yang terbaik mengenai sesuatu perkara, sehingga ia tertanam dalam diri. Saya rasa jika anda mempunyai keperibadian yang kuat, anda tidak perlu takut.”
Nia juga turut berkata yang selama dia berkecimpung dalam dunia seni ini, dia dan rakan-rakannya tak ada yang ambil dadah.
“Berarti sekarang imannya goyang”
Selepas berita penangkapannya itu, ramai netizen telah kembali menonton video ini dan memberikan komen mereka tentang pelakon tersebut.
Aduh… Harapnya Nia dan suami kembali ke pangkal jalan.