in

“Lengkap dengan pelan data 12 bulan” – Pelajar B40 Dapat Smartphone Percuma Sepanjang Tempoh PKP

Smarphonepercuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi Harian Metro, YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.


Ia bagi membentu segelintir golongan atau keluarga yang tidak mempunyai telefon pintar atau peranti mudah alih yang membantu dalam sesi pembelajaran.

 

Pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun. 

Yayasan YTL memohon agar kerjasama guru sekolah terbabit dapat tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.

“Guru dan ibu bapa juga harus bekerjasama rapat bagi membolehkan pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran dari rumah dengan baik tanpa sebarang gangguan” 

Katanya lagi, mereka memahami kesukaran yang n dilalui kebanyakan keluarga di Malaysia terutama mereka dari golongan B40 ketika dunia dan negara kita sedang menghadapi ujian berat berikutan penularan wabak Covid-19.

YTL juga tetap nekad membantu pendidikan generasi muda terutama kepada mereka yang memerlukan.

“Ketika memproses permohonan berkenaan, YTL Communications tertarik dengan satu permohonan seorang ibu tunggal di sebuah perkampungan nelayan di Labuan, Sabah yang disertai dengan sekeping gambar tiga anak kecil sedang memegang sijil kematian ayah mereka.”

Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.

 

Syarat-syarat

Ytl

Ibu bapa mesti penerima bantuan BSAH 2020.  Mempunyai anak sekolah kerajaan dan satu keluarga layak terima satu set telefon percuma sahaja di bawah program ini

Malah guru yang terlibat mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan.

Calon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40. Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut mengajar..

Ibu bapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.

Proses pendaftaran hendaklah diikuti oleh ibu bapa serta maklumat terperinci dikemukakan iaitu,  satu salinan MyKad ibu bapa. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar dan sebarang lampiran yang membutikan status status B40, calon mesti juga memuat naik Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

Baca : “Bukan tak bersyukur tapi tulah..”- Student UM Kutuk Makanan PKP Undang Kecaman Netizen

Ukm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.