in

“Dia potong habis lepastu lari” – Lelaki Pakistan Kena Ketuk Ketampi Sambil Bogel Sebelum Kemaluan Dikerat

Collage 13

Ahad lepas, seorang lelaki Pakistan berusia 32 tahun telah dimasukkan ke hospital kerana kemaluannya hilang selepas dikerat sekumpulan lelaki tak dikenali di Shah Alam.

Menurut Malaysiakini, rakan lelaki malang tersebut, Rizwan Ahmad juga warga Pakistan telah membuat laporan polis dan menceritakan mengenai kejadian tersebut.

Kata Rizwan, ketika rakannya itu sedang duduk bersendirian berhampiran Masjid Alam Impian, dia tiba-tiba didekati empat lelaki dan ditanya pelbagai soalan seperti sama ada dia telah berkahwin tentang pasangannya dan sama ada dia pernah melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.

2017 01 15

Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi).

“Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.

“Orang tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?”

Suspek kemudiannya bertanya kenapa kemaluan mangsa tak menegang dan mangsa menjawab dia tak boleh berereksi ketika itu.

Oleh kerana kemaluannya tak menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dah tak boleh digunakan lagi, namun mangsa sempat merayu.

Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong.

Dia (suspek) sudah potong habis… lepas tu dia terus lari.”

Rizman turut menjelaskan, rakannya tak boleh nak melarikan diri ketika kejadian kerana lengannya telah dicengkam oleh suspek dan mangsa sempat pengsan sebelum cuba menghubungi rakan lain untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa telah mengambil telefon bimbitnya yang dicampak di kawasan berdekatan sebelum kejadian dan sempat menghantar lokasi kepada rakannya itu.

Malangnya, kemaluan mangsa yang telah dicampak tersebut sehingga kini masih belum ditemui.

Tak ada jumpa. Kita ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi.”

Rizwan mengatakan, mangsa merupakan seorang yang baik hati dan yakin rakannya itu tak mempunyai sebarang musuh.

Lelaki malang tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat turut mengesahkan laporan mengenai kejadian tersebut.

 

Baca: Puas Orang Awam Kejut Tapi Tak Bangun-bangun, 2 Lelaki Didakwa Mabuk Berhenti Kereta Depan Traffic Light

Screenshot 2021 04 07 At 5.06.14 Pm