in

Isteri Mabuk Gigit Kem*luan Suami Sampai Masuk Hospital, Hanya Sebab Tak Halau Tikus Dalam Bilik

Gambar Hiasan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perselisihan faham dan pergaduhan merupakan ‘asam garam’ yang biasa dilalui oleh mereka yang sudah mempunyai pasangan atau yang sudah berkahwin.


Namun, kegagalan untuk mengawal perasaan akibat pergaduhan itu boleh mendorong kepada sesuatu yang agak ‘gila’.

Perkara ini berlaku apabila seorang isteri bertindak ‘ganas’ dengan mengigit kemaluan suaminya yang hanya kerana enggan menghalau seekor tikus di dalam bilik tidurnya. Dengar macam kelakar, tapi benda ni serious tau!

Menurut Daily Star, kejadian ‘ganas’ ini berlaku di sebuah kediaman di Kitwe Wilayah Copperbelt di Zambia, Afrika.

Mengikut cerita, Mukupa Musonda yang merupakan isteri kepada Abraham sebenarnya berada di bawah pengaruh alkohol semasa pulang ke kediamannya sebelum terserempak dengan seekor tikus di dalam bilik tidurnya.

553

Dikatakan sebelum itu, hubungan pasangan ini turut dikatakan telah renggang sejak beberapa hari lalu dan telah tidur berasingan bilik walaupun dalam satu kediaman yang sama.

Pada waktu kejadian, Mukupa meminta untuk Abraham menghalau tikus berkenaan namun dia enggan berbuat demikian. Akibat daripada itu, berlaku pertengkaran antara pasangan tersebut lalu Mukupa terus ‘naik minyak’ dengan bertindak menggigit kemaluan suaminya itu.

Susulan daripada kejadian itu, Abraham dilaporkan telah dibawa ke hospital berdekatan dengan rumah mereka untuk menerima rawatan lanjut.

 

Baca: Dalam penjara bagi makan ikan masin! – Pelakon Indo Dihukum Penjara Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin

1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.