Lelaki Terus Terjun Dalam Perigi Berlumpur Nak Selamatkan Anak Anjing Daripada Lemas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bila musim hujan, bukan kita je yang nak cari tempat berlindung dan terdedah dengan bahaya tapi haiwan pun sama. Ada kala mereka bernasib baik, tapi ada juga tidak.

Macam lima ekor anak anjing ni yang bernasib malang sebab dipercayai terjatuh ke dalam perigi mungkin ketika sedang mencari tempat untuk berlindung waktu hujan. Tapi, anak anjing tu semua bertuah sebab ada insan baik hati selamatkan daripada lemas dalam lumpur.

Sumber: Coconuts

Menurut Coconuts, beberapa gambar dikongsikan seorang lelaki dari Thailand dikenali sebagai Surachet Klaewkla selamatkan anak-anak anjing tu jadi viral lepas ianya menarik perhatian netizen.

Ketika kejadian, Surachet ternampak pergerakan dalam perigi yang berlumpur dekat tapak pembinaan tu terletak di kompleks perumahan baru di Kampung Trang.

Saya ingat mereka tu adalah batu, tapi bila lihat dengan lebih dekat baru saya perasan ia adalah anak anjing!”

Prihatin, of course Surachet buat perkara yang betul iaitu terjun ke dalam perigi dan selamatkan anak-anak anjing comel yang malang tu. Thank you Surachet!

Sumber: Coconuts

 

Siap mandikan!

Apa yang buat orang ramai berterima kasih dengan Surachet adalah kerana tindakannya yang bukan je dah selamatkan anak anjing tu tapi siap mandikan tau!

Sumber: Coconuts

 

Buka mata ramai orang

Disebabkan post yang dikongsi Surachet dekat Facebook tu dah viral, ramai orang termasuklah mereka yang bukan dari Trang memuji kebaikan yang dia dah buat.

Dorang kata, apa yang dia buat tu menunjukkan yang masih ada orang yang bersikap perikemanusian terhadap haiwan. Betul tu!

Sumber: Coconuts

 

Siapa nak bela?

Buat masa sekarang, Surachet tengah tunggu kalau ada sesiapa nak ambil dan bela anak-anak anjing tu sebab dia nak make sure mereka tak terbiar dan terdedah dengan bahaya macam tu lagi.

Sumber: Coconuts

Tak ramai akan buat apa yang Surachet buat. And mungkin ada juga jenis tak ambil peduli pun nak check betul-betul apa dalam perigi tu. Terima kasih Surachet!

Baca: “May God bless you for your kindness” – Gadis ‘Pelihara’ Anjing Dipuji Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!