in

“May God bless you for your kindness” – Gadis ‘Pelihara’ Anjing Dipuji Netizen

Nur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"May God bless you for your kindness" - Gadis 'Pelihara' Anjing Dipuji Netizen
Loading
/

Sekarang agak susah untuk kita tengok golongan-golongan yang sayang kat binatang, paling comman sekali kucing dan anjing. Ada je benda-benda yang tak berperikemanusiaan yang dorang buat kat haiwan-haiwan ni, tanpa ada rasa belas kasihan langsung. Dorang agaknya langsung tak fikir yang haiwan-haiwan tu pun ada satu nyawa, macam dorang jugak. Kannn eee geram betul!


Namun apa yang gadis ini buat betul-betul buat admin rasa nak salute depan dia! Viral kat twitter di mana Nur Ameera ni mintak sebarkan tweets dia tentang seekor anjing yang ditinggalkan tuannya. Alahai kesiannya….

Aa 2
sumber: twitter

“Hi everyone.  Need your help to spread this! Anyone wants to adopt this dog? Not sure what happened to the owner, but he left alone here”

Difahamkan anjing yang diberi nama Tony tu selalu berkeliaran depan rumah tuan dia sambil jerlih-jerlihkan lidah bila nampak ada kereta lalu, seolah-olah nak tunjuk yang dia lapar masa tu. Memandangkan anjing tu pernah ada tuan, so for sure dia tak pandai sangat untuk cari makanan sendiri dan lebih mengharapkan pada orang.

Dek kerana simpati tengok keadaan Tony, Ameera selalu bagi makan and minum kat dia hampir selama dua hingga tiga minggu. Namun Ameera masih takut kat Tony sebab yelah tak biasa kan. Tapi Tony seolah-olah memahami yang dia tak boleh sentuh Tony, so dia tu takde pun nak dekat-dekat dengan Ameera. Alahaii cerdiknyaaa!

Cc
sumber: twitter

Ameera turut bagitahu yang Tony ni manja sangat. Bila dia nampak Ameera nak datang kat dia, dia mesti wave-wavekan ekor dia tu tanda happy. Tapi dalam pada masa yang sama, Ameera risau sebab takut Tony ingat Ameera tu tuan dia. Sebab tu lah dia mintak sangat ada orang dapat adopt anjing tu secepat mungkin.

Perkongsian dia totally tarik perhatian ramai netizen yang masing-masingnya impress dengan apa yang dia buat. Antara komen-komen yang diterima Ameera ialah,

“Thanks for your kindness”

“May God bless you for your kindness”

Alahai kesiannya dia.. Harap Tony dapat cepat-cepat jumpa owner baru and ramai yang dapat contohi apa yang Ameera ni buat 🙂

Baca: “Jiran-jiran tak benarkan saya pegang, selamatkan mereka. Tapi anjing pun ciptaan Allah…”

Yaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.