“Berani kerana benar, takut kerana salah”. Pepatah itu sesuai ditujukan buat mereka yang telah melakukan sesuatu sama ada perbuatan itu baik atau salah.
Namun, apakah pula pepatah yang sesuai untuk ditujukan kepada orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri?
Menyorok 30 tahun
Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Beijing, China yang telah ‘menyorok’ daripada pihak polis selama 30 tahun!
Hal ini berlaku gara-gara dia menyangka bahawa dia terbabit dalam jenayah sehingga menyebabkan dia takut lalu melarikan diri daripada pihak polis.
Namun, perbuatannya itu ternyata sia-sia kerana dia sebenarnya tidak melakukan sebarang jenayah malah tidak menjadi buruan pihak polis pun.
Ibarat main sorok-sorok tapi takde orang cari.
Terlibat dalam pergaduhan
Menurut Global Times, lelaki yang dikenali sebagai Zhou itu pernah terbabit dalam sebuah kumpulan pergaduhan pada tahun 1990. Dia kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian tanpa menyedari sama ada dia ada mencederakan sesiapa dalam pergaduhan itu.
Keesokannya, Zhou kembali semula ke lokasi kejadian dan menemui kenderaan polis di situ. Ini membuatkannya menyangka bahawa dia terbabit dalam kes jenayah.
Zhou memutuskan untuk melarikan diri dan hidup seperti pelarian.
Tiada ketika parents meninggal dunia
Apa yang lebih menyedihkan, Zhou juga dikatakan tidak dapat memberikan penghormatan terakhir buat mendiang ibu bapanya yang sudah meninggal ketika dia hidup sebagai pelarian.
Selama 30 tahun ini, lelaki berkenaan yang kini berusia 52 tahun telah menyara hidupnya dengan mengambil upah sebagai buruh di kilang lombong dan batu-bata selain mengumpul barangan kitar semula.
Selepas 30 tahun menyorok, Zhou akhirnya menyerah diri kepada pihak polis dan mengaku dirinya terbabit dalam pergaduhan di Yinchuan, utara China.
Tidak bersalah
Namun, sekembalinya itu membongkar segala rahsia bahawa dia rupa-rupanya tidak bersalah. Hal ini membuatkan Zhou berasa menyesal kerana melakukan tindakan yang sia-sia selama 30 tahun.
Nak menyesal pun tak berguna. “Nasi sudah pun menjadi bubur”.
Baca: Takut Kantoi Berkhalwat, Penjawat Awam Berstatus Suami Orang Sanggup Menyorok Dalam Siling