in

Lelaki Tak Puas Hati Tunggu Bas Lama Sangat, Tapi Netizen ‘Back Up’ Pemandu Sebab…

Bas Lama Sangat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti semua sedia maklum apabila menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan tren, kita perlu mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.


Namun, ada kalanya pengguna juga perlu menunggu masa yang lama apabila pengangkutan awam menghadapi masalah.

Tular sebuah video di media sosial yang mana seorang penumpang lelaki bengang dan tidak puas hati dengan kelewatan bas sehingga menyebabkan ramai orang terpaksa menunggu lama.

Menerusi video terbabit, pengadu mendakwa mereka telah lama menunggu kira-kira dua jam daripada jadual asal. Sebaik saja memasuki bas, pengadu terus memarahi pemandu.

“Ini first driver, baru sampai eh. Daripada pukul 2.30 petang sampai 4.20 petang. Kita akan report eh! Betul tak? Semua tunggu lama kan?!”

Dapat dilihat, pengadu juga mengugut untuk melaporkan tindakan pemandu bas ke pihak atasan. Dipercayai kejadian berlaku ketika hujan lebat yang mungkin menjadi punca kelewatan bas itu.

Pun begitu, tindakan pengadu yang menimbulkan kekecohan dalam bas mengundang kritikan orang ramai di media sosial.

Netizen menyatakan sepatutnya penumpang perlu lebih bersabar dan sedia maklum tentang kelewatan apabila menggunakan pengangkutan awam. Dalam pada itu, netizen juga membidas tuduhan pengadu yang mendakwa pemandu bas tidur.

Screenshot 20230216 045501

Namun, ada juga mendakwa punca kelewatan bas ini sebenarnya disebabkan jalan raya di bandar yang sesak dengan pelbagai kenderaan.

Baca: OKU & Murid Sekolah Nikmati Tambang KTM Percuma Mulai 15 Februari – Anthony Loke

3Loke

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.