fbpx
in

OKU & Murid Sekolah Nikmati Tambang KTM Percuma Mulai 15 Februari – Anthony Loke

3Loke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan murid berpakaian sekolah bawah 12 tahun bakal menikmati tambang percuma untuk semua perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mulai 15 Februari ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke baru-baru ini.


Screenshot 2023 01 21 At 2.34.11 Pm

Memetik laporan Astro Awani, Loke berkata inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama. Beliau berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.

Screenshot 2023 01 21 At 2.33.24 Pm

Menurut Loke insiatif itu turut memanfaatkan 150 murid yang menggunakan perkhidmatan tren antara Dabong ke Kuala Geris di Kelantan setiap hari dengan kadar bayaran RM1 setiap perjalanan.
Sementara itu, perbincangan lanjut akan dibuat untuk meluaskan perkhidmatan tren percuma kepada pelajar sekolah menengah selepas ini bergantung kepada kemampuan kewangan.
Screenshot 2023 01 21 At 2.35.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top