in

Lelaki Rakam Video Bawah Skirt Wanita Secara Terang-Terangan di Sebuah Pasaraya di KLCC

C

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya sedang berlegar di salah satu lorong bahagian barang di Cold Storage KLCC ketika saya menyedari ada seorang lelaki mengekori saya. Saya dapat rasakan dia mengikuti saya pada jarak yang sangat dekat dan dia meletakkan bakul premis itu di sebelah saya. Sangat rapat sehinggakan kaki saya bersentuhan dengan bakul itu.


C1

Saya tunduk melihat ke bawah dan nampak lelaki itu hanya memegang dompet serta telefon bimbitnya. Kamera telefon itu menghala bahagian atas ke arah siling.

“Pada mulanya saya tidak mahu membuat apa-apa andaian. Kemudian, apabila saya bergerak ke lorong sebelah pula, saya masih dapat rasakan dia masih mengekori saya. Saya memusingkan badan sedikit dan ternampak dia dengan telefon bimbitnya yang seolah-olah sedang merakam gerak geri saya.

C2

“Pada ketika itulah saya mula berasa pelik dan membuat keputusan untuk menghala terus ke bahagian kaunter dan membuat bayaran supaya saya dapat terus keluar dari premis itu. Semasa saya sedang membayar kelihatan lelaki itu kelam kabut datang ke arah saya dan menghempas bakulnya ke atas lantai begitu dekat sekali dengan kaki saya, sangat dekat sehinggakan saya dapat rasakan ia menyentuh kaki saya.

“Saya tunduk ke bawah dan nampak telefon bimbitnya di kedudukan yang sama juga, kamera menghala ke atas dan diletakkan di atas dompetnya. Di dalam bakulnya pula, tiada langsung barang yang dibeli.

C3

C4

“Kenapa perlu ke kaunter bayaran jika tiada apa yang anda beli. Saya sepatutnya sedar akan perkara itu lebih awal. Saya panik dan berfikir untuk mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar atau video lelaki itu, tetapi ianya sudah terlambat.

“Saya ternampak lelaki itu bergegas keluar daripada premis dan melihat ke arah saya, kemudian melihat telefon bimbitnya pula. Sepatutnya saya kejar dia dan beritahu semua orang betapa miangnya lelaki itu. Saya membuat laporan dan pihak premis menunjukkan saya rakaman video CCTV. Saya sangat terkejut kerana lelaki itu melakukannya secara terang-terangan manakala saya pula masih cuba bersikap baik dan tidak menjelingnya, jadi saya tidak perasan tindakannya itu.

C5

“Sebagai seorang wanita saya berasa dicabuli dan tidak selamat apabila seseorang melakukan sebegitu kepada saya. Niat utama saya memberitahu pihak berkuasa dengan segera adalah untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada wanita lain di luar sana. Sayangnya, kecekapan pihak berkuasa untuk bertindak terhadap kes seperti ini tidak cukup memuaskan, mungkin kerana ianya kerap berlaku atau sukarnya untuk mencari pelaku jenayah sebegini.

“Saya ada baca beberapa kes sebegini yang berlaku baru-baru ini dan ianya agak menakutkan. Apa yang membuatkan saya dalam ketakutan adalah lelaki itu mempunyai gambar dan video saya serta badan saya di dalam telefon bimbitnya. Semuanya diambil tanpa kebenaran.

“Saya takut jika saya terserempak dengannya lagi selepas ini kerana saya tidak mengingatinya tetapi saya tahu dia pasti ingat rupa saya.

“Saya berharap untuk memberi kesedaran supaya wanita dan orang lain lebih peka bahawa terdapat manusia seperti lelaki ini yang secara terang-terangan menunjukkan perangai miangnya dan langsung tidak menghormati wanita.

“Kita sepatutnya berasa selamat apabila berada di luar dan bukannya hidup di dalam ketakutan.”

Sangat menakutkan jika difikirkan tentang keberanian lelaki zaman sekarang yang secara terang-terangan menunjukkan perangai miang mereka itu. Kami menyeru anda semua untuk berwaspada dengan keadaan sekeliling. Kepada kaum Adam juga, jagalah adik, kakak serta rakan-rakan wanita anda dengan baik.

Tonton rakaman CCTV di bawah ini:

Diterbitkan semula. Artikel asal : World of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.