in

Lelaki Pura-pura Diculik Kerana Mahu Berjumpa Dengan Perempuan Simpanan

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadangkala kita menipu demi kepentingan diri atau orang lain. Tetapi sejauh mana anda sanggup menipu?

Bagi lelaki berasal dari Sibu, Sarawak ini, dia sanggup menipu dan berpura-pura dirinya telah diculik demi untuk berjumpa dengan kekasih gelapnya. Serious lah..


Call2
gambar hiasan

Menurut World of Buzz, lelaki berusia 29 tahun itu telah menghubungi pengurus syarikat tempat dia bekerja dan memberitahu bahawa dia diculik. Dia bagaimanapun meminta pengurusnya untuk tidak membuat laporan polis kerana hal itu akan mengeruhkan lagi keadaan dan membahayakan nyawanya.

Call
gambar hiasan

Namun, risau dengan keselamatan pekerjanya itu, pengurus tersebut membuat keputusan untuk melaporkan hal berkenaan kepada pihak polis secepat mungkin.

Sebaik menerima laporan, pihak polis bertindak pantas dan membentuk satu pasukan petugas khas untuk mengendalikan “kes penculikan” tersebut.

Selepas disiasat, mereka mendapati motorsikal milik lelaki itu diletakkan pada jarak yang jauh daripada terminal bas. Melalui rakaman CCTV stesen bas tersebut, pihak polis mendapat tahu bahawa lelaki itu telah menaiki bas menuju ke Bintulu.

Polis
gambar hiasan

Pada hari Ahad sekitar jam 1 pagi, polis berjaya menjumpai lelaki itu di sebuah hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian mukanya. Namun, selepas siasatan terperinci dijalankan, mereka dapati bahawa kes penculikan itu adalah muslihatnya kerana mahu bertemu dengan perempuan simpananannya di Bintulu.

Takde cerita lain ke dia nak reka selain kena culik?

Bj The Chicago Kid Annoyed Ugh Facepalm Nah Gif

Pihak polis dilaporkan telah menahannya dan akan mengenakan denda ke atasnya.

Kan tak pasal pasal kena tangkap, kena denda. Buat maluuuu je.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.