in

Lelaki Pecah Rumah dan Rogol Ibu Tunggal yang Dikenalinya

636030633731929494 1697262968 Rape
Gambar hiasan

Betul kata orang, sesiapa pun tak boleh dipercayai meskipun orang yang kita kenali. Seperti kisah wanita ini yang mendakwa dirogol oleh lelaki yang dikenalinya.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika wanita berusia 54 tahun itu tinggal bersendirian di sebuah kampung di Batu Kikir, Kuala Pilah pada 12 Februari lalu kira-kira jam 3 pagi.

636030633731929494 1697262968 Rape
gambar hiasan

Mangsa dikatakan sedang tidur di ruang tamu rumahnya tiba-tiba terkejut apabila menyedari kehadiran lelaki tersebut di hadapannya.

Saya tergamam melihat dia dalam keadaan bogel dan memaksa saya melakukan hubungan seks,” katanya.

Mangsa bagaimanapun cuba menjerit namun tidak didengari oleh sesiapa memandangkan lokasi rumahnya jauh terpencil.

Ibu
gambar hiasan

Apabila kehendaknya ditolak, lelaki tersebut menghentak kepala mangsa ke dinding menyebabkan bengkak di bahagian kepala. Mangsa kemudian berjaya melarikan diri dan memberitahu jiran mengenai kejadian itu.

Ketika kembali semula ke rumahnya bersama jiran, lelaki berkenaan didapati melarikan diri dengan sebuah motorsikal. Orang kampung kemudian memburu lelaki itu tetapi hanya motorsikalnya yang ditinggalkan di tepi semak ditemui.

Selepas diperiksa, mangsa mendapati tingkap rumahnya diumpil lelaki tersebut dipercayai digunakan untuk pecah masuk.

Menurut polis, suspek dipercayai berusia sekitar 34 tahun dan kini sedang diburu pihak polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Betul lah, zaman sekarang memang semua orang tak boleh dipercayai.