in

Lelaki Panjat Pagar Untuk Mencuri, Tanpa Disedari Tuan Rumah Memiliki Anjing Rottweiler

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini rancangan seorang lelaki untuk merompak sebuah rumah digagalkan oleh anjing yang menggerunkan, Rottweiler milik tuan rumah. Insiden dilaporkan berlaku lebih kurang jam 10 malam di sebuah kawasan perumahan di Jalan Pisang, Kuching. Kan Tuhan dan bayar cash tuuu!


Lelaki berusia 31 tahun berasal dari Bentong itu dikatakan memanjat dinding untuk memasuki kawasan rumah tanpa menyedari bahawa seekor anjing Rottweiler bersaiz besar menunggunya di satu sudut yang lain.

A 1

Lelaki itu hanya menyedari kewujudan anjing tersebut selepas berjaya memasuki kawasan rumah berkenaan…tapi semuanya dah terlambat! Anjing itu kemudian dengan segera terus menyerang si pencuri sambil menyalak dengan sangat kuat berkali-kali tanpa henti.

Z
sumber: dogsloversdigest

Takut diserang anjing menggerunkan itu, lelaki berkenaan berlari untuk selamatkan diri dan memanjat pagar. Malangnya, kakinya tersangkut di pagar menyebabkannya jatuh dengan bahagian mukanya terhentak di permukaan.

Pemilik rumah itu kemudian terjaga selepas terdengar anjingnya menyalak dengan kuat dan keluar untuk melihat apa yang berlaku. Pemilik kemudian ternampak lelaki berkenaan yang duduk di atas lantai dengan kepalanya berdarah sebelum menghubungi pihak polis.

A1 2
sumber: sinchew daily

Polis kemudian tiba di lokasi dan menahan lelaki berkenaan. Lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan dan membalut luka di kepalanya sebelum dibawa ke balai polis bagi meneruskan siasatan.

Kalau nak buat apa -apa benda jahat, ingat, Tuhan bayar cash! Kepada anjing Rottweiler tu, good job!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.