in

Lelaki Pandu Kereta BMW Tuduh Pekerja Tua Salah Dengar, Isi Minyak Penuh Tapi Tak Nak Bayar

Save

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Petrol ni memang sentiasa menjadi isu kat dalam mahupun luar negara. Tapi tak sangka ada orang sanggup buat macam-macam helah disebabkan minyak petrol.


Menurut satu perkongsian di Facebook, seorang wanita bernama Kelly Yeo menceritakan kisah yang disaksikan sendiri di sebuah stesen minyak di Singapura. Kejadian yang berlaku di Tampines Ave 8 tu katanya bermula waktu seorang lelaki ni tak nak bayar minyak petrol kat kaunter pembayaran.

30711830 10213615222467327 6100274893847265280 N
sumber: facebook

Memandu kereta BMW tapi enggan bayar

Lelaki yang memandu kereta BMW tu mendakwa pekerja stesen minyak tersebut salah dengar dan mengisi minyak penuh untuk tangki petrol keretanya. Lelaki tersebut memberitahu bahawa dia cuma suruh isi $10 (lebih kurang RM30) di Pump 7 tapi tiba-tiba pekerja tu isi penuh.

Bila dah isi minyak petrol penuh tangki, jumlah yang perlu dibayar dah jadi $135 (bersamaan RM400)! Tapi kononnya sebab hal tu bukan salah dia, lelaki tu nekad tak nak bayar bayaran RM400 tu. So pekerja stesen minyak yang dah umur dalam linkungan 60-an tu dipanggil ke kaunter untuk buat pengesahan.

30723949 10213572827869190 3545782539807358976 N
sumber: facebook

Pekerja tua sanggup bayar dengan duit sendiri

Pekerja tua tu cakap yang dia memang dengar pelanggan lelaki tu suruh isi penuh, tapi lelaki tu cepat-cepat sangkal kata-kata pekerja tu. Maybe pekerja tua tu rasa macam mungkin dia betul-betul salah dengar sebab dia dah berusia, pekerja stesen minyak tu dengan tenang suruh cashier bagi je lelaki tu bayar RM30 tadi. Nanti yang selebihnya dia akan bayar dengan duit sendiri.

So lelaki yang bawa kereta BMW tadi selamba je lah bayar RM30 walaupun isi petrol kereta penuh tangki dan terus beredar. Kelly memang kagum dengan sikap profesional pekerja stesen minyak terbabit tapi dia memang bengang dengan lelaki kaki kelentong tu.

30726160 10213572828389203 8247925774988869632 N
sumber: facebook

Katanya bukan main bawa kereta BMW tapi duit minyak banyak tu pun tak boleh nak bayar. Lepas Kelly share pasal ni kat Facebook, ramai yang kecam lelaki tu dan ada yang kata ni mungkin bukan pertama kali dia buat hal macam ni.

“Bawak BMW tapi isi minyak RM30 je! Gila ke apa?!” kata seorang netizen.

“Dia ni bukan first time ni scam pekerja stesen minyak yang tua-tua.”

“Memalukan, buli orang tua untuk bayar petrol dia.”

Caltez
sumber: facebook

Pihak mengurusan stesen minyak pastikan pekerja tak perlu buat bayaran

Ada juga yang bertanya maklumat diri pekerja tua tu sebab nak tolong bayarkan untuk dia. Semalam perkara ni dah sampai ke pengetahuan pihak pengurusan stesen minyak tu dan dorang dah berikan jawapan balas. Katanya dorang akan pastikan yang pekerja tak perlu buat sebarang bayaran tentang hal tu dan kes tu sekarang sedang cuba untuk diselesaikan.

Macam-macam cara sekarang ni orang nak tipu orang lain untuk kemudahan diri sendiri. Make sure korang sebut betul-betul bila nak isi minyak dan pastikan pekerja pun dengar betul-betul apa yang korang cakap ye.

Baca: Stesen Minyak di Kuala Terengganu Paksa Orang Awam Beli Kupon Untuk Guna Tandas

Alsocan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.