Lelaki Pancung Kepala Pemilik Kedai, Dakwa Bayaran Dikenakan Terlebih RM1.95

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap perselisihan faham pasti ada jalan penyelesaiannya. Bertengkar, bergaduh atau memukul bukan cara yang betul untuk menyelesaikan sesuatu.

Namun sebuah video yang tersebar luas di internet menunjukkan seorang lelaki bertindak memukul dan memancung kepala pemilik kedai makan dalam satu pertelingkahan yang berlaku di China. Kejadian dilaporkan berlaku di Wuhan, wilayah Sichuan, China.

Sumber: Facebook

Suspek dilaporkan memesan tiga mangkuk mi sebelum naik berang kerana mendakwa dikenakan bayaran berlebihan sebanyak satu Yuan (65 sen) bagi setiap mangkuk mi. Sebab tu je?!

Berang dengan bayaran yang perlu dibayar, suspek mula bertengkar dengan pemilik kedai berkenaan sebelum bertindak tetak dan pancung kepalanya.

Sumber: sinchew.com.my

Menurut portal berita tempatan, suspek menggunakan pisau dapur untuk memancung kepala pemilik kedai berkenaan ketika bergaduh.

[sociallocker id=1666]

Tiada seorang pun orang awam yang berada di tempat kejadian berani untuk tampil dan membantu pemilik itu daripada terus dibelasah dan ditetak suspek.

Malah, mereka sempat merekodkan apa yang berlaku dan boleh kedengaran di dalam video suara orang ramai yang menjerit kerana tidak percaya apa yang dilihat di depan mata.

Sumber: sinchew.com.my
Sumber: sinchew.com.my

Menurut pihak berkuasa tempatan, selepas kepala pemilik kedai itu dipancung, suspek mencampakkannya ke dalam tong sampah berhampiran.

Suspek berusia 22 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan di tempat kejadian.

Sumber: sinchew.com.my

Menurut rakan pemilik kedai berkenaan, mangsa merupakan seorang peniaga yang jujur dan tidak menipu pelanggannya. Mangsa yang berusia 42 tahun itu dikatakan seorang bapa tunggal yang tinggal bersama anak lelakinya berusia 13 tahun selepas bercerai lima tahun lalu. Kesiannya anak dia 🙁

[/sociallocker]

Memang kadang-kadang ketika dalam keadaan marah, kita tidak dapat berfikir dengan baik sebelum melakukan sesuatu tindakan, tapi apa yang lelaki ini buat, memang sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengar kata-kata….

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!