Lelaki Nekad Buat ‘Plastic Surgery’ Lepas Wajahnya Selalu Diejek & Diketawakan Waktu Pergi Temuduga Kerja

Tambah ke Sumber Pilihan
Lelaki Nekad Buat ‘Plastic Surgery’ Lepas Wajahnya Selalu Diejek & Diketawakan Waktu Pergi Temuduga Kerja

Kerana wajahnya sering diejek, ditertawakan dan dikatakan menjadi penyebab sukar diterima bekerja, seorang lelaki berusia 26 tahun dari Vietnam nekad untuk ‘mengubah’ rupa parasnya.

Perubahan itu dikongsikan sendiri oleh tuan empunya badan, Đỗ Quyền melalui TikTok dan telah mendapat perhatian ramai pengguna platform media sosial tersebut. Melalui video dimuat naik itu, Đỗ Quyền menunjukkan gambar yang dikatakan wajah asalnya sebelum menjalani prosedur pembedahan plastik.

Surgery3

Surgery4

Memang ramai netizen terkejut melihat wajah sebelum dan selepas prosedur dan kalau dilihat melalui perkongsian Đỗ Quyền itu, sangat ketara perubahan rupa parasnya itu yang kini nampak ala ‘oppa’.

Menurut Đỗ Quyền sebelum ini dia pernah menghadiri sesi temuduga kerja namun mendakwa wajahnya ditertawakan. Disebabkan itu, dia yang kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon terus nekad untuk membuat pembedahan plastik.

Surgery1

Surgery2

Ketika ditanya pengikut di TikTok, Đỗ Quyền menjawab dia telah menghabiskan kira-kira 400juta Dong (RM70,326.50) untuk sembilan prosedur termasuk rhinoplasty, chin implant, lip reshaping, lip implant, poercelain veneers dan pembedahan double eyelid.

Kata Đỗ Quyền lagi, dia bukanlah datang dari keluarga yang kaya raya jadi untuk merealisasikan rancangan pembedahan tersebut, dia menggunakan duit simpanannya sendiri.

Kali pertama saya pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan plastik itu, kedua ibu bapa saya tidak mengecam wajah anak mereka ini. Saya memang dapat agak situasi itu akan berlaku namun ketika itu saya menangis tidak dapat menahan sebak.”

Baca: Influencer di China Ini Sanggup Berhabis Lebih RM600k, Jalani Lebih 60 Kali Pembedahan Untuk Nampak Cantik

Cc 9

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lelaki Nekad Buat ‘Plastic Surgery’ Lepas Wajahnya Selalu Diejek & Diketawakan Waktu Pergi Temuduga Kerja
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lelaki-nekad-buat-plastic-surgery-lepas-wajahnya-selalu-diejek-diketawakan-waktu-pergi-temuduga-kerja/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM