in

Lelaki Maut Lepas Terjun Dari Tingkat Tiga Suria KLCC

Collage 39

Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli belah Suria KLCC sebentar tadi.

Memetik laporan dari Kosmo, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengatakan pihaknya telah menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 1.52 tengah hari tadi.

81618987566 Bunuhdiriklcc

Setakat ini, saya mengesahkan kejadian tersebut membabitkan seorang lelaki yang telah terjun dari tingkat tiga KLCC.

“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.”

Sebentar tadi, tular di media sosial gambar seorang lelaki terbaring di tingkat bawah pusat membeli belah itu selepas dipercayai membunuh diri.

Menurut netizen yang mendakwa ada di tempat kejadian, lelaki tersebut dikatakan tiba-tiba lari dan melompat melepasi penghadang sebelum terjun. Dikatakan, salah seorang pekerja cuba untuk menghalang tindakan lelaki tersebut namun tak berjaya.

Sebelum ini, pada tahun 2018, pernah tular tentang seorang lelaki yang cuba bunuh diri di pusat beli belah yang sama kerana mengalami masalah kesihatan mental namun tindakannya itu berjaya dihentikan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Apa-apa pun kita tunggu je lah update seterusnya dari pihak polis. Takziah min ucapkan kepada keluarga mangsa.

 

Baca: “Dah mampos ke belum?” – Ramai Betul Netizen Biadap Persenda Lelaki Nak Bunuh Diri Dekat KLCC

Screenshot 2021 04 21 At 3.44.14 Pm

Sumber: Awani