Lelaki Malaysia Berlagak Dapat Jadi Rakyat Singapura, Kutuk Negara Sendiri, Tapi Rupa-rupanya…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau dengar someone cakap benda buruk pasal negara orang lain pun kita dah rasa tak sedap, ni kan pulak kalau cakap benda buruk pasal negara sendiri.

Menurut WORLD OF BUZZ, ada seorang lelaki warga Malaysia dikenali sebagai Yong ni hebohkan betapa gembiranya dia dapat jadi rakyat Singapura lepas tu suka hati je kutuk negara sendiri. Dia juga ada muat naik status kat laman sosial untuk umumkan yang dia benci sangat dengan Malaysia.

“Kawan-kawan Malaysiaku, aku akhirnya dah jadi rakyat Singapura. Kitorang, rakyat Singapura nak cakap kat semua rakyat Malaysia, kitorang memang pandang rendah kat korang!”



Sumber: Facebook

“Keluarga dan kawan-kawan aku pun fikir benda sama. Sebab korang orang Malaysia ni datang dari negara yang miskin. Girlfriend aku orang Singapura dan kitorang dah daftarkan perkahwinan kitorang. So sekarang aku dah jadi orang Singapura!”

Amboi bukan main kau ye! Yong jugak ada muat naik satu gambar tangan dia kat sebelah pasport nak buktikan yang dia dah jadi rakyat Singapura. Disebabkan status dia tu, ramai rakyat Malaysia suruh Yong cepat-cepat keluar dari Malaysia dan tak payah balik sini dah. Memalukan je.

Sumber: Moretify

Tapi bukan orang Malaysia je yang malu dengan perangai Yong ni. Rupa-rupanya orang Singapura pun malu nak mengaku dia ni saudara satu negara.

“Ni cuma pendapat persendirian dia dan tak semua orang Singapura fikir macam lelaki ni. Tolong jangan samakan kami dengan dia,” kata seorang rakyat Singapura.

Dah puas duk kutuk-kutuk negara sendiri, tiba-tiba ada netizen point out yang kat gambar yang Yong muat naik tu ada watermark. Macam kalau kita ambil gambar kat Google tu, selalu ada watermark kan? Sama lah macam gambar Yong ni.



Sumber: Moretify

Dan jari dalam gambar tu pulak bila tengok balik memang tak sama langsung dengan jari dia yang sebenar. Maksudnya, dia tipu lah jadi rakyat Singapura tu! Rupa-rupanya masih warga Malaysia la ni. Adoi, kantoi la pulak! Dah seronok-seronok duk mengutuk tiba-tiba dia pun menipu je rupanya. Ada lagi orang macam ni ye. Ada orang fikir yang tu mungkin akaun palsu atau ada orang hack akaun Yong ni.

Walau apa pun, sayangilah negara kita. Mungkin Malaysia ni tak sempurna. Tapi sebagai rakyat, kita kena bersatu padu dan sama-sama bangunkan Malaysia. Malaysia Boleh!

Baca: Lelaki Warganegara Singapura Dakwa Pembantu Rumah Baru Goreng Ikan Belaannya Untuk Makan Malam

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.