in

Lelaki Warganegara Singapura Dakwa Pembantu Rumah Baru Goreng Ikan Belaannya Untuk Makan Malam

Fish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warganegara Singapura baru-baru ini kongsi kisah yang agak mencuit hati di mana pembantu rumah warga Indonesia beliau yang baru diambil bekerja secara tidak sengaja telah menggoreng ikan belaan kesayangannya untuk makan malam.


Lelaki yang dikenali sebagai Zhi Chun itu menerusi post beliau di All Singapore Stuff berkata pembantu rumahnya itu tersalah faham dengan arahan yang diberinya.

Menurut Zhi, beliau membuat keputusan untuk mengupah pembantu rumah itu untuk membantunya membuat kerja-kerja rumah kerana beliau terlalu sibuk dengan jadual yang padat.

“Saya menggajikan pembantu rumah Indonesia untuk membantu saya dengan kerja-kerja rumah yang terlalu banyak.” katanya

Pada satu hari, beliau memberi arahan kepada pembantu rumah itu untuk “goreng ikan segar yang ada di rumah itu untuk makan malam hari ini”. Of course lah pembantu mesti ikut cakap majikan kannnn. So, pembantu rumah tanpa membantah goreng ikan untuk majikannya itu.

Namun, apabila sampai di rumah, alangkah terkejutnya Zhi melihat ikan goreng di dalam pinggan itu menyerupai ikan Luohan belaannya!

[sociallocker id=1666]

Newly Employed Indon Maid Takes Instruction Too Literally Fried Employers Pet Luohan Fish World Of Buzz 4
sumber: all singapore stuff

Memang nampak sama! Haha

Zhi pada ketika itu bingung dan tidak pasti sama ada ingin memarahi pembantu rumahnya atau arahan yang diberikan kurang jelas.

Post itu menjadi viral di media sosial dengan bilangan share melebihi 4,000. Sesetengah netizen menyokong bahawa arahan beliau kurang jelas dan ia bukanlah salah pembantu itu yang mengikut arahan diberi oleh majikan.

Ada juga sesetengah netizen yang merasakan post itu pelik dan tidak benar. Opss kantoi!

Saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan cerita ini. Saya sangat pasti cerita ini adalah PALSU! Versi original cerita ini, ikan yang digoreng itu adalah jenis 5K Arrowana atau dragon fish.” komen seseorang.

Bukankah cerita ini berlaku beberapa tahun yang lalu? Kami baca kisah itu yang berlaku di Brunei, bukan SIngapura. Malah ikan itu juga telah terbukti bukanlah jenis Luohan tetapi ikan Talapia. Sengaja mengada-adakan cerita dan memburukkan pembantu rumah Indonesia pula. Awak memang RACIST!” komen netizen yang lain.

Palsu atau tidak, yang penting cerita ini memang buat ramai netizen geli hati~ 

[/sociallocker]

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.