in

Lelaki Luah Rasa Sedih Isteri Disihir Bapa Sendiri, Niat Nak ‘Kasi Mati’ Semasa Bersalin

Sihir F

Bukan nak menuduh, namun orang Melayu dan sihir memang sangat sinonim dan tak boleh dipisahkan. Asal dendam, marah dan benci mesti nak sihirkan orang sehingga hati rasa puas. Ada yang sampai matilah dek kerana sihir! 

Menerusi page Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang lelaki telah meluahkan masalah yang dihadapinya apabila isterinya hampir mati akibat disihir oleh ahli keluarganya sendiri. Eh biar betul ni?  

Berikut apa yang diceritakannya:

“Sejak beberapa bulan ini aku tengok isteri selalu sakit sampai pucat muka. Katanya letih jaga anak. Aku faham. Tapi minggu lepas dia mengadu yang badan dia bisa-bisa sampai muntah setiap hari.” 

Namun setelah dibawa ke klinik dan diperiksa doktor, penyakit isterinya masih tidak dapat diketahui. Oleh sebab itu, ibu mertuanya meminta dia membawa si isteri berjumpa dengan ustaz sebagai rawatan alternatif kepada penyakit tersebut.

“Aku keberatan sehingga tiga hari lepas benda ini dah jadi teruk, isteri aku sakit yang teramat dan buang air besar sehingga keluar benang kuning yang panjang.

“Dia tak dapat nak jaga anak kami. Aku bergegas bawa dia jumpa dengan ustaz.” 

22046179 1759423027415187 7666988935587938469 N
sumber: facebook

Setibanya dia di rumah ustaz, sakit isterinya makin menjadi-jadi. Ustaz cuba membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dihembus ke seluruh tubuh badan si isteri. Apabila diberi minum air tawar, ternyata perkara-perkara asing banyak keluar dari muntah isterinya.

21765268 1759422997415190 6887774760610288172 N
sumber: facebook

“Isteri aku dah lega dan dibawa berehat dalam kereta. Ustaz itu tiba-tiba tepuk bahu aku, dia tegur aku untuk duduk kejap dekat sini sebab nak beritahu sesuatu.

“Ustaz kata ada orang hantar ‘benda’ dekat isteri aku dengan niat nak kasi mati. Sebabnya orang ini hati dia busuk dan memang nak isteri aku mati semasa bersalin dulu. Tapi Allah panjangkan umur anak bini aku.” 

Namun kata-kata tersebut tidak cukup untuk buat dia terkejut. Ustaz tersebut akhirnya membongkar siapa dalang disebalik sihir yang syirik ini.

Kata ustaz lagi, orang yang hantar ini adalah bapa aku sendiri. Aku sedih, kecewa.”

Ya Tuhan kenapa kejam sangat ni! 

“Aku tahu ustaz ini boleh baca orang. Dia tahu sebab dia pengamal perubatan. Dia beritahu aku supaya aku lebih berhati-hati. Bapa aku hantar ‘benda’ dekat isteri aku sebab dendam.

“Dendam bertahun lamanya sebab tak dapat kahwinkan aku dengan anak dara kawan baik dia,” luah pengadu.

Malah katanya lagi, perkahwinannya dengan isteri langsung tidak dihiraukan keluarga dan dia mengetahui yang isterinya bukanlah menantu pilihan keluarga.

“Sampai sekarang aku rasa bersalah dengan keluarga dan isteri aku sendiri. Aku kasihankan anak aku yang masih kecil ni. Patutkah aku maafkan bapa dan keluarga aku sendiri? Aku buntu,” katanya dengan harapan untuk menerima sokongan dan pendapat dari netizen.

Luahan hati lelaki ini rata-rata mendapat sokongan dan tidak kurang juga yang mencemuh tindakan keluarga lelaki tersebut yang sangat tidak berperikemanusiaan.

S1
sumber: facebook

Jauhilah diri dari sihir. Mungkin sekarang anda rasa kuat dan gah tetapi bila dah tua nanti memakan diri. Dosa tau mensyirikkan Allah! 

Baca: Pasangan Suami Isteri Sering Alami Mimpi Ngeri Rupa-rupanya Terkena Sihir Pemisah Cicak

Sihir