in ,

Lelaki Kritik Sikap Anak Muda Zaman Sekarang Jadi Tanggungan Ibu Bapa Sampai Mati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ibu bapa mana tak sayangkan anak? Jikalau anak-anak di dalam kesusahan, mereka segera akan datang membantu tanpa pertanyaan. Namun wajarkah anak-anak yang sudah berkahwin dan bekerja masih meminta bantuan kewangan daripada ibu bapa mereka?

Menerusi laporan Kosmo! pada 18 November lalu, pakar sosial, Dr. Fatimah Daud telah menyuarakan kebimbangannya yang melihat trend anak-anak muda kini tidak berasa segan meminta wang tambahan daripada ibu bapa untuk mencukupkan keperluan hidup mereka. 

Sumber: Facebook

Hal ini termasuklah perbelanjaan perkahwinan, pembelian rumah, kereta dan lain-lain sedangkan ada di antara mereka mampu melancong ke luar negara setiap tahun.

Malah ibu bapa juga telah menjadi bank segera buat anak-anak yang masih belum bekerja atau tidak mempunyai sebarang tabungan. Serius ah?? Tak kesian mak bapak ke? 

Gambar hiasan

Susulan daripada laporan ini, Harith Faisal telah meluahkan pendapatnya di Facebook dengan mengecam sikap anak muda sekarang yang tegar membiarkan ibu bapa menanggung kehidupan mereka hingga ke hujung hayat orang tua tersebut.

“Mak aih!! Terkejut beruk saya bila baca tajuk berita kat muka depan surat khabar KOSMO hari ni. Betul orang kata, sekarang ni memang ramai mak bapak yang melahirkan tuan.

“Teringat saya dulu-dulu masa umur saya dalam 21 tahun. Masa tu saya tengah study degree tahun dua kat UKM, saya dah mula buat macam-macam side income.”

Tidak seperti anak muda yang lain, Harith sudah tidak meminta dan menerima wang daripada ibu bapanya. Dia mampu mencari wang untuk dirinya sendiri dan mula berasa malu untuk mengambil wang daripada sesiapa.

Gambar hiasan

Pun begitu, ibu bapa tetap ibu bapa. Setiap kali dia pulang ke kampung, mereka masih memberinya wang belanja sehinggalah Harith aktif dalam mencari wang lebih sendiri dan memberi duit belanja pula kepada ibu bapanya. Alhamdulillah. 

“Jadi, bila terbaca berita kat KOSMO tu saya jadi sedih dan hiba. Anak-anak patutnya ringankan beban mak bapak bila dah mula bekerja. Tapi sekarang dah terbalik pulak.

“Anak muda sekarang ni tak segan nak minta duit mak bapak walau dah mula bekerja. Alasannya, duit tak cukup duduk KL. Padahal hujung minggu bersuka ria, tak ingat dunia,” jelasnya.

Apa yang lebih aneh, walaupun wang tidak mencukupi mereka masih beriya-iya hendak membeli Myvi 2018 yang terbaru. Tidak cukup dengan itu, mereka juga masih berani memuat naik gambar percutian ke sana sini.

Nasib baik mak bapak kau tak layan FB. Kalau tak, mesti dia orang sedih tengok kau guna duit dia orang pergi enjoy dengan kawan.” 

Gambar hiasan

Wang ibu bapa lebih banyak terbazir apabila menguruskan hal perkahwinan anak-anak. Meskipun kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan mahukan majlis yang sederhana dan menjimatkan, ibu bapa pula mahu yang sebaliknya.

“Masalahnya, bila majlis grand-grand, semua pakai duit hantaran yang pihak lelaki bagi. Apalah salahnya duit hantaran tu bagi kat anak untuk dia orang mulakan hidup bersama,” katanya.

Sungguhpun begitu, perkara ini tidak menjadi masalah jikalau ibu bapa anak-anak ini kaya raya orangnya. Walau bagaimanapun, anak-anak juga haruslah belajar hidup berdikari dan mempunyai ilmu dalam menguruskan kewangan.

“Secara realiti, mak bapak kat Malaysia sekarang ini dah jadi macam bank segera atau pembiaya kewangan “confirm lulus” pula kepada anak-anak yang sudah dewasa.

“Kalau tak cukup duit, anak muda dah tak risau sebab dia orang tahu ada mak bapak yang akan tolong. Kalau mak bapak bagi sendiri, tak apa. Tapi, kalau kau yang minta, tolong malu.” 

Gambar hiasan

Pesan Harith, adalah lebih baik jikalau anak muda zaman sekarang sediakan dana kecemasan. Simpanlah dana kecemasan tiga hingga enam bulan gaji. Jikalau gaji RM3,000, buat simpanan RM9,000 hingga RM18,000.

Elakkan dialog kesian seperti, “Ayah, nak pinjam RM2,000 boleh? Kereta rosaklah. Nanti bila ada duit, Ucu pulangkan ya.”

Kasihan bapa yang baru terima wang KWSP selepas persaraan. Tidak elok mengambil kesempatan di atas kemurahan hati mereka. Ibu bapa mana yang nak tengok anak-anak susah kan? 

 

Gambar hiasan

“Di usia emas dia orang, jangan dia orang dibebani dengan masalah kewangan anak-anak. Pada usia itu, dorang perlu berehat. Cukuplah berpuluh tahun dia orang berkorban.

“Jangan pula kerana kita, dia orang paksa diri bekerja dan membanting tulang untuk menyara anak-anak dewasa yang perasan macam anak kecil yang merengek-rengek mahukan duit belanja dan dibelikan mainan itu dan ini,” pesan Harith lagi.

Semoga anak-anak di luar sana mendapat sedikit pengajaran daripada perkongsian ini. Insaflah bagi mereka yang kerap paw duit ibu bapa tu! 

Baca: “Saya rasa berkat hidup saya sekarang” – Perkongsian Bagaimana Lelaki Ini Berbakti Dengan Ibunya Sentuh Hati Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: