in

Lelaki Kongsi Rasa Terkilan Anak Tidak Dipelawa Tempat Duduk Dalam KTM Dapat Kecaman Netizen

Sivik Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Kongsi Rasa Terkilan Anak Tidak Dipelawa Tempat Duduk Dalam KTM Dapat Kecaman Netizen
Loading
/

Sebagai manusia, setiap orang seharusnya mempunyai kesedaran sivik. Namun, di Malaysia ini sepertinya masih ramai yang tidak mengamalkan sikap toleransi lebih-lebih lagi dalam hal membabitkan ihsan terhadap golongan memerlukan.


Sebuah video tular di media sosial beberapa hari lalu menunjukkan suasana di dalam tren komuter di mana individu yang merakamkan detik itu berkongsi rasa terkilannya apabila ramai yang buat tidak tahu serta tidak menawarkan tempat duduk kepada tiga anaknya.

Kejadian itu berlaku petang Ahad lalu ketika dia bersama isteri dan tiga anaknya yang masing-masing berusia lima, empat dan dua tahun menaiki komuter dari Kuang ke Salak Selatan untuk pulang ke rumah di Bandar Sri Permaisuri.

Menurut Mstar, perkongsian yang berbunyi sinis itu menjadi bualan netizen apabila ia menggambarkan ‘keprihatinan’ rakyat Malaysia terhadap tiga anaknya. Bagaimanapun, perkongsian video serta beberapa gambar itu mencetuskan pertikaian serta mengundang kecaman netizen di media sosial.

Sesetengah netizen berpendapat bahawa lelaki yang dikenali sebagai Ismail Said itu sepatutnya bersuara meminta tempat duduk untuk anaknya, bukan bertindak merakamkan kejadian itu dah menghebahkannya di media sosial.

Bapa berusia 37 tahun itu bagaimanapun membalas semula dengan berkata orang ramai tidak seharusnya cepat melatah. Sebaliknya, dia memberitahu bahawa perkongsian itu sebenarnya mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

Sivik
sumber: facebook

“Mesejnya sangat besar, pengajaran untuk rakyat Malaysia bila naik kenderaan awam jangan pentingkan diri sendiri.”

“Tak perlu meminta, faham sendirilah kalau ada kesedaran sivik, lagipun dah ditulis di situ beri keutamaan tempat duduk kepada golongan yang memerlukan.”

Salah seorang anaknya dikatakan berada dalam keadaan tidak berapa sihat ketika kejadian, namun tidak merengek atau menangis sama sekali. Disebabkan itu, dia redha melihat tempat duduk sudah penuh.

“Tapi tak lama lepas tu bila saya nampak watak-watak yang duduk tu hanya pandang tiga anak saya berdiri terhoyong-hayang dan ada yang buat-buat tak nampak main phone, terdetik dalam hati ‘kenapa mereka tak faham’.”

Ismail turut akui dia mula terfikir untuk merakamkan situasi itu selepas berasa geram dan benar-benar tidak menyangka tiada seorang yang bangun dan mempelawa tempat duduk kepada tiga anaknya.

“Saya betul-betul tak sangka, bukankah kalau nampak ibu mengandung, warga emas, orang cacat atau kanak-kanak berdiri dalam kenderaan awam, penumpang yang duduk automatik kena bangun beri tempat duduk, takkan sampai kena minta.”

Ketika ditemubual, Ismail berkata dia hanya berniat untuk berkongsi dengan rakan-rakan di media sosial selain turut mengaku sedikit kesalahannya sebelum memuat naik video serta gambar.

Sivik1
sumber: facebook

 

Meskipun mendapat kecaman, masih ada yang menyokong dan bersetuju dengan tindakannya memuat naik perkongsian itu agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Tak ada niat nak malukan sesiapa, tapi saya akui saya patut kaburkan watak-watak dalam video tu sebelum muat naik ke media sosial.”

“Mereka boleh kata apa saja tapi saya yang ada di situ dan merasai situasi pada masa itu. Saya cuma harap apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran, rakyat Malaysia (bahawa) kesedaran sivik amat penting, kalau diabaikan, setiap harilah kita akan lihat situasi seperti ini berlaku terang-terangan depan mata,” akhiri Ismail.

Memang tidak dinafikan, kesedaran sivik sukar dijumpai dalam diri kebanyakan rakyat Malaysia. Diharap dengan perkongsian seperti ini, ianya akan memberi pengajaran untuk kita supaya tidak mengabaikan kesedaran sivik atau setidak-tidaknya menjadi individu yang menegur.

Baca: Lelaki Ditegur Kerana Hisap Rokok Berdekatan Bayi Tidak Peduli, Malah Nyalakan Rokok Baru

Rokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.