in

Lelaki Ditegur Kerana Hisap Rokok Berdekatan Bayi Tidak Peduli, Malah Nyalakan Rokok Baru

Rokok

Sesetengan perokok sememangnya tidak tahu menghormati dan memikirkan tentang orang lain di tempat awam. Ada yang hisap rokok di tempat tidak sepatutnya seperti di tempat awam yang padat ataupun berdekatan bayi dan kanak-kanak.

Seorang netizen berkongsi tentang bagaimana dia berdepan dengan situasi berjumpa perokok tegar yang tidak memikirkan tentang individu lain. Melalui status yang dimuat naik semalam di Facebook, dia menceritakan situasi di sebuah kedai makan di mana seorang lelaki sedang menghisap rokok. Kedengaran normal kan?

Apa yang membuatkannya marah adalah apabila individu itu tidak memikirkan tentang bayi yang berada di belakang mejanya.

Rokok3
sumber: facebook

Difahamkan individu itu sudah tiba dan duduk di meja tersebut terlebih dahulu sebelum keluarga bersama seorang bayi tiba dan duduk di belakang mejanya itu.

Menurutnya lagi, individu berkenaan sudah menoleh ke belakang dan menyedari keberadaan bayi tersebut namun tetap terus menghisap rokok tanpa menghiraukan keluarga berkenaan.

Rokok 1
sumber: facebook

“Tak kiralah hang duduk situ dulu dan mereka datang kemudian, bila hang nampak ada keluarga duduk belakang dan ada anak kecil dalam stroller sedang tidur, cuba guna akal hormat dan berperikemanusiaan sikit.”

Berang dengan individu berkenaan yang tidak bertimbang rasa, lelaki itu menegurnya. Namun, individu itu memarahinya semula dan mencampakkan puntung rokok ke arahnya.

Rokok2
sumber: facebook

“Aku tegur hang sebab hang dah nampak. Tak elok hisap rokok sebab asap rokok ditiup angin betul betul pergi ke arah bayi dalam stroller tu.”

Dia kemudian berpatah balik untuk cuba bercakap dengan elok tetapi individu itu tidak mengendahkannya dan dengan selamba menyalakan sebatang rokok yang baru di hadapannya. Eh kurang ajarnya!

Rokok4
sumber: facebook

Netizen yang membaca perkongsiannya itu rata-rata menyelar tindakan individu terbabit yang dianggap kurang ajar dan tidak menghormati orang lain.

“Merokok hak individu, tetapi kena ada kesedaran sivik walaupun tempat terbuka hormat la orang lain sama.”

“Tengok lah juga keadaan sekeliling dulu kalau nak hisap rokok pun. Kalau ada budak atau bayi, janganlah hisap rokok dulu.”

Ada juga yang mempertikaikan dan menegur ibu bapa supaya memilih tempat yang lebih sesuai jika sekiranya mempunyai anak kecil supaya dapat mengelakkan perkara sebegini terjadi.

“Kita dah tahu ada bayi, bawalah bayi ke tempat lain.”

“Dah tahu tempat tu memang ada orang merokok, kau pergi duduk situ kenapa.”

Lain orang lain pendapat dan tanggapan. Apa pendapat anda?

Baca: Wanita Tegur Ibu Bapa Untuk Tidak Mengajar Anak Meminta-minta Duit Raya

Duit