in

Lelaki Kongsi Kisah Hampir Ditipu Kedai Tayar, Jual Tayar Lama Dengan Harga Mahal

Tayar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara persediaan paling utama ketika Aidilfitri menjelang tiba ialah memastikan kenderaan yang bakal digunakan untuk pulang beraya dalam keadaan baik. Namun sedarkah anda yang kadangkala anda tertipu dengan helah pusat servis kereta yang mementingkan keuntungan?


Menerusi perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Pibon WC di laman Facebook, beliau menceritakan nasibnya hampir ditipu kedai tayar yang menjual tayar tamat tempoh dengan harga yang mahal.

Berikut apa yang diceritakannya:

“Bila tukar tayar ni tanyalah foreman harga tayar. Yang baru ada RM175 dan RM185. Baik ambil yang baru, puas hati.” 

Namun apabila tayar bernilai RM175 dibawa keluar, Pibon bertanya tentang tahun buatan tayar tersebut. Mandor kedai tayar mula kelihatan cuak dan setelah diasak barulah dia menjawab tayar tersebut buatan tahun 2014. Lama gilaa tu! 

Tayar lama you jual RM175 ke? Tahu tak tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni.” 

Berang dengan tindakan mandor tersebut, dia meminta mandor itu bertanyakan harga sebenar tayar kepada tauke kedai itu. Pada mulanya mereka ingin menjualnya dengan harga RM120, namun akhirnya ia berjaya dikurangkan sehingga RM105 untuk sebiji tayar.

“Hmm tayar korek pun dah RM80. Baik ambil yang ini. Jadi dapatlah empat biji tayar baru dengan harga RM420 rim 15 inci,” katanya.

19399255 709657432738884 6640778519706255645 N
sumber: facebook
19424097 709657326072228 3339331565932419910 N
sumber: facebook

Pun begitu, Pibon juga sempat memberi tips supaya mereka di luar sana tidak tertipu dengan helah penjual di kedai tayar yang sengaja mengeluarkan tayar lama untuk menghabiskan stok dan menjual ia pada harga baru.

Berikut kod pada tayar kereta yang disenaraikan Pibon untuk pengetahuan semua pemilik kereta:

Kod Pada Tayar Kereta Yang Mesti Anda Tahu Untuk Elakkan Ditipu Penjual Tayar
gambar hiasan
Kod
sumber: facebook

Menurutnya, kebanyakan kes kemalangan yang berlaku berpunca daripada tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak begitu arif mengenai kemampuan larian tayarnya dengan keadaan cuaca di Malaysia. Hmm info penting ni…

Malah kongsinya lagi, setiap tayar juga mempunyai empat angka yang tercatat di sisi tayar. Empat angka tersebut memberi info mengenai tarikh pengeluaran tayar tersebut daripada kilang.

Imag0103
gambar hiasan

Contohnya: 0514

Indeks tersebut menjelaskan bahawa tayar baru itu dikeluarkan kilang pada minggu ke-5 pada tahun 2014. Tempoh penggunaannya ialah selama lima tahun dari tarikh ia dikeluarkan. 

Jelasnya lagi, tayar baru yang berusia lebih daripada lima tahun masih boleh digunakan tetapi tayar tersebut telah menjadi keras kerana getah tayarnya sudah tamat tempoh penggunaan.

Oleh sebab itulah, ia amat penting bagi pemilik kereta memastikan tayar yang ditukar adalah tayar baru dan tarikh pengeluarannya juga adalah yang terkini.

Malah Pibon juga menggalakkan pemilik kereta untuk meminta diskaun menurut tarikh pengeluaran tayar tersebut daripada tahun semasa iaitu 2016.

2015 = 20%

2014 = 40%

2013 = 60%

2012 = 80%

2011 ke bawah PERCUMA

Haa take note ye semua pemilik kereta! Cubalah periksa tayar kereta anda. Manalah tahu anda juga antara yang terkena helah penjual kedai tayar ataupun sudah sampai masanya tayar kenderaan anda ditukar.

Utamakan keselamatan. Semoga perjalanan pergi dan pulang dari kampung baik-baik saja!

Baca: Lelaki Beri Peringatan Tentang Taktik Kotor Trak Tunda Tipu Pengguna Jalanraya

Trak Tunda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.