in

Lelaki ‘Kena Paksa’ Cucuk Vaksin Dengan Bakal Mak Mertua, “Kalau tak tak boleh kahwin”

Featured Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim Covid ni ramai betul yang plan nak kahwin kan? Sibuk pejabat tok kadi, hari-hari ada je pasangan ‘booking‘ tarikh nikah. Murah lah katanya sebab tak payah nak buat kenduri besar-besaran, jemput ramai orang.


Takpe…kalau dah jodoh kan, benda yang baik ni kita kena percepatkan.

Jadi, sebab nak cepatkan benda baik ni lah yang buatkan seorang lelaki berumur 28 tahun datang ppv untuk cucuk vaksin. Dia macam takde kena mengena kan kahwin dengan vaksin?

Tapi, melalui perkongsian di Twitter, lelaki tersebut disuruh oleh bakal mak mertuanya untuk ambil vaksin sebagai syarat nak kahwin dengan anak perempuannya.

Tweet tersebut telah mendapat macam-macam komen daripada netizen. Ada yang positif, tapi ada juga yang bagi komen dan pandangan negatif kepada bakal mak mertua dan lelaki tersebut.

“Padan muka dan good job mak mertua”-Netizen

Ada yang puji bakal mak mertua lelaki itu sebab peka dengan kepentingan vaksin. Nampaklah yang bakal mak mertua dia pentingkan kesihatan diri dan keluarga. Bagusnya…mak mertua macam ni lah kita perlukan!

Vaksin 3

Tapi…ada juga netizen yang bagi komen negatif terutamanya daripada golongan antivax.

“Mesti 2 dos boleh kahwin sekarang, tak solat, tak puasa takpa….bala bala..”-Netizen

Tak baik buat spekulasi macam tu..Lepasni, parents boleh try buat syarat macam ni kalau anak nak kahwin.

Vaksin 2

Baca: Wanita Diberhentikan Kerja Kerana Belum Ambil Vaksin, Netizen Sokong Tindakan BosBaca Vaksin

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.