Uish macam ni punya perangai pun ada ye!
Seorang buruh hari ini mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan khianat dengan menjirus air kencing ke dalam bekas kuih milik seorang peniaga dekat kedai makannya di Manir, Kuala Terengganu.
Menurut Sinar Harian, tertuduh, Mohd Hafizi Mohd Sabri, 27, didakwa dengan sengaja melakukan khianat tersebut iaitu mencurah air kencing ke dalam bekas kuih yang diletakkan dekat atas meja yang menyebabkan mangsa alami kerugian.
Pun begitu, perbuatan keji suspek katanya diketahui mangsa apabila dia melihat 3 video rakaman CCTV di kedai makannya yang dikongsi adik lelaki mangsa pada jam 5.30 pagi kelmarin.
Malah lebih mengejutkan, mangsa juga tak menyangka suspek yang melakukan khianat tersebut merupakan seseorang yang dikenalinya. Adui apa masalah dia buat macam tu…
Susulan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 9 November depan untuk jatuh hukum sementara menunggu fakta kes. Tertuduh juga dibenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Haih tak memasal kena penjara. Khianat punya pasal.