Seorang lelaki berusia 42 tahun di Lambor Kanan, Parit terkejut apabila menjumpai 20 ekor lembu ternakannya mati bergelimpangan, lapor Sinar Harian.
Menurut Awani, dia telah mendapat maklumat daripada seorang rakan kira-kira jam 10 pagi dan telah pergi ke lokasi kejadian pada 2 petang dan menjumpai haiwan ternakannya. Kesemua lembu itu ditemui mati bergelimpangan dalam keadaan mulut berbuih serta darah turut kelihatan keluar melalui hidung dalam sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tareh.
Lokasi kejadian itu dikatakan tidak berpagar dan merupakan kebun milik persendirian seluas 1.6 hektar di mana anak pokok kelapa sawit baru saja ditanam sekitar April lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Barudin Wariso, setakat ini siasatan yang dijalankan sejak semalam belum menemui punca sebenar kematian haiwan itu.
Siasatan lanjut bersama Jabatan Veterinar masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian sama ada disebabkan perbuatan khianat, penyakit atau sebab-sebab lain.”
Pengadu menternak 200 ekor lembu yang dilepas secara bebas dan pemeriksaan dijalankan didapati daripada 20 lembu yang mati itu, 19 adalah kepunyaannya manakala seekor lagi belum dapat dipastikan pemiliknya.”
Disebabkan kematian misteri lembunya ini, penternak tersebut dilaporkan mengalami kerugian hampir RM55,000. Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan.