in

Lelaki Kahwini 3 Beradik Serentak Lepas Dilamar, Rasa Bertanggungjawab Terima Semua Sebab Mereka Kembar

Kahwin Kembar 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah macam dalam drama pulak!


Itulah kata-kata yang sesuai nak menggambarkan kehidupan yang dilalui seorang lelaki dari Republik Congo yang membuat keputusan untuk mengahwini tiga beradik yang melamarnya pada masa yang sama. Lebih mengejutkan, isteri-isterinya itu adalah pasangan kembar tiga.

Image E1646444771831

Mirror melaporkan, lelaki yang hanya dikenali sebagai Luwizo telah sah bernikah dengan tiga beradik kembar, Natasha, Natalie dan Nadege selepas ketiga-tiga wanita terbabit melamar Luwizo pada masa yang sama.

“Saya tak mampu nak tolak bila dilamar dan saya rasa bertanggungjawab untuk terima mereka semua sebab mereka kembar tiga,” kata Luwizo.

Jelas Luwizo, walaupun poligami di Republik Congo tidak dikira sebagai melanggar undang-undang, keputusannya untuk bernikah dengan tiga beradik kembar serentak ditentang keras oleh kedua ibu bapanya. Malah, mereka juga enggan menghadiri majlis perkahwinan Luwizo.

Maxresdefault 1 E1646444829738

Meskipun tanpa restu ibu bapanya, Luwizo tetap meneruskan rancangannya dan berkahwin dengan Natasha, Natalie dan Nadege sambil disaksikan beberapa ahli keluarga terdekat lain dan rakan rapat.

“Saya rasa bertanggungjawab. Ia bukan satu keputusan yang mudah dan ibu bapa saya tak faham apa yang saya buat. Tapi, biasalah, dalam kehidupan ni bukan semua benda yang kita nak akan kita dapat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, salah seorang daripada tiga isteri Luwizo berkata, walaupun mereka adik-beradik, mereka tak mempunyai masalah untuk berkongsi suami sebab mereka dah terbiasa berkongsi segalanya sejak kecil.

Untuk pengetahuan, Luwizo pertama kali jatuh hati dengan Natalie dahulu sebelum bertemu dengan dua saudaranya yang lain dan cinta berputik antara mereka berempat.

Sumber: Mirror

Baca: “TAK PAYAH POLIGAMI!” – Lelaki Lebih Ramai Daripada Perempuan, Netizen ‘Warning’ Jangan Kebas Laki Orang!

Poligami Apahal E1646443579645

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.