“TAK PAYAH POLIGAMI!” – Lelaki Lebih Ramai Daripada Perempuan, Netizen ‘Warning’ Jangan Kebas Laki Orang!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dulu pernah tak dengar orang cakap pasal isu perempuan terlalu ramai sampai netizen buat rumusan sebab tu mereka pilih untuk bersama suami atau teman lelaki orang lain? Tapi, sekarang alasan tu dah tak valid okay! Sebab apa? Statistik terbaru menunjukkan lelaki lebih ramai daripada perempuan.

Pada tahun 2018 dan 2019, lelaki disahkan melebihi jumlah perempuan di Malaysia sebanyak 1 juta! Untuk rekod terkini, jumlah perempuan di Malaysia kini adalah 15.8 juta manakala lelaki seramai 16.8 juta.

Sumber: Blog

So, statistik dan isu jumlah penduduk dekat Malaysia ni jadi viral dekat Twitter sampai netizen kaitkan dengan isu poligami serta perampas. Opss!

Lelaki dah lebih sejuta ramai dari perempuan, SO TAK PAYAH LAH POLIGAMI!!!!!

Gambar hiasan

Tweet daripada individu bernama Nabil ni dapat perhatian ramai dekat Twitter dan masing-masing pun ‘sama naik’ sembang pasal isu yang sama. Ada juga yang cakap walaupun jumlah lelaki ramai tapi malangnya masih banyak kes curang, perempuan perampas dan sebagainya.

Tapi ramai plak perempuan yang kebas laki orang walaupun laki lebih ramai.”

Ramai juga ada mention cakap pasal jumlah lelaki yang dalam statistik tu secara general je sebab belum lagi tolak yang suka kaum sejenis. Belum juga kira lelaki yang memilih untuk jadi transgender. Jadi kata dorang, bila dah tolak tolak sebenarnya lelaki sejati sikit juga daripada perempuan. Hmmm.

Sumber: Twitter

Apa apa pun jangan curang, jangan jadi perampas dan setialah pada yang satu ahh gitchewwww…

Baca: “Weh ni spender nenek nenek hahaha!” – Punyalah Excited Parcel Sampai, Order Wallet Tapi Bila Buka Dapat Panty!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!