in

Lelaki Jalan Atas Landasan Sebelum Kena Langgar Tren

Breaking Passenger Tragically Dies After Falling On Track At Pusat Bandar Puchong Lrt Station World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam heboh pasal seorang lelaki yang meninggal dunia lepas terjatuh dari platform LRT Pusat Bandar Puchong.


Menurut WORLD OF BUZZ, ada orang cakap dia terjatuh kat landasan lah, bunuh diri lah, tapi tak dapat dipastikan mana satu yang betul. Disebabkan kes ni, jadual perjalanan tren terganggu time tunggu pihak polis bersihkan cebisan mayat kat landasan.

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian menceritakan bahawa pihak polis menyuruh mereka mengosongkan kawasan platform LRT berkenaan dan turun ke aras bawah sebab ada individu meninggal dunia kat landasan sebelah. Ketika tu pihak berkuasa cakap yang mungkin lelaki tu terjatuh dari tren.

Breaking Passenger Tragically Dies After Falling On Track At Pusat Bandar Puchong Lrt Station World Of Buzz 768X1024 1
sumber: wob

Waktu pukul 10 pagi, mayat tu dah dipindahkan pihak berkuasa dan perkhidmatan LRT kat stesen tu diteruskan macam biasa. Tapi apa yang masih menjadi misteri adalah still tak ada orang pasti sebab sebenar kenapa lelaki tu maut kat landasan.

Terbaru, Rapid KL mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mendedahkan bahawa lelaki tu ceroboh masuk ke dalam stesen LRT berkenaan lepas waktu operasi dan dijumpai meninggal dunia 50m dari platform.

Mayat lelaki tersebut pulak dijumpai oleh kapten tren pada jam 7:24 pagi. Jadi bekalan kuasa terpaksa dihentikan sementara waktu supaya operasi mengalihkan mayat dapat dijalankan dengan lancar.

Breaking Passenger Tragically Dies After Falling On Track At Pusat Bandar Puchong Lrt Station World Of Buzz 4
sumber: wob

Malaysiakini pulak melaporkan yang lelaki berkenaan dikatakan berjalan sepanjang landasan di stesen tu sebelum kena langgar dengan tren. Pihak polis menolak sebarang motif berunsur kejahatan dalam kes kematian tersebut dan masih lagi menyiasat punca kematian.

Kenapa agaknya dia jalan-jalan kat atas landasan ye?

Baca: TERKINI: Penumpang Mati Lepas Terjatuh Atas Trek LRT Pusat Bandar Puchong

Omg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.