in

Lelaki Ini Pilih Kuburkan Isteri Di Halaman Rumah Sebagai Tanda Cinta Sejati

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila berlakunya kematian yang melibatkan orang Islam, kebiasaannya jenazah akan dikebumikan di kawasan tanah perkuburan yang berdekatan dengan kawasan rumah keluarga jenazah.


Namun, lain pula kisahnya buat seorang lelaki di Indonesia yang memilih untuk menanam jenazah isterinya di kawasan perkarangan rumah.

@nopitasariii21

ngeditnya sampe ???

♬ suara asli – Nopi Tasari – Nopi Tasari

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nopi Tasari, ayahnya enggan untuk memilih tanah perkuburan sebagai ‘tempat tinggal terakhir’ isterinya.

Jelas gadis ini, ayahnya tidak mahu berjauhan dengan kubur isterinya dan lebih memilih halaman rumah sebagai kawasan perkuburan.

2

Lebih menyentuh hati, gadis ini berkata ayahnya sudah memberi amanat dan meminta agar dia dikuburkan di samping arwah ibunya apabila dia mati kelak.

“Nanti kalo bapak meninggal mau dimakamin disamping makam Alm. Mamah”, ujar ayah gadis ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsikan pengalaman yang sama di mana ahli keluarga turut dimakamkan di kawasan perkarangan rumah sebagai tanda cinta dan sayang.

A 1

B 1

C 1

Salam takziah buat keluarga gadis ini.

BACA: [VIDEO] Anak Tergamak Bakar Kubur Ayah, Gara-gara Tak Puas Hati Isu Pembahagian Harta?

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.