in

[VIDEO] Anak Tergamak Bakar Kubur Ayah, Gara-gara Tak Puas Hati Isu Pembahagian Harta?

Fi Anak Bakar Kubur Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.


Mesti kita semua tahu bahawa memang ada di dunia ini, ahli keluarga yang akan bergaduh sesama sendiri sebab tak berpuas hati dengan urusan pembahagian harta pusaka milik orang tua mereka yang telah pergi buat selamanya. Dalam kes yang lebih teruk tu, ada yang sampai sanggup putus saudara.

Namun tanpa disangka, ada juga yang sampai bertindak di luar kawalan dengan seakan-akan melepaskan amarah mereka kepada ibu bapa yang sudah tiada seperti kisah ini.

 

Rosakkan kubur ayah

Baru-baru ini, viral sebuah video yang didakwa mengatakan seorang anak ini tergamak merosakkan kubur ayah kandungnya berpunca sebab tidak puas hati isu pembahagian harta dalam kalangan ahli keluarga.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @khnervn, menunjukkan satu kawasan tanah perkuburan dipercayai di daerah Aceh, Indonesia, yang berasap selepas seorang individu ini melakukan perkara yang dianggap biadap di situ.

Anak Bakar Kubur Ayah 1

Dalam video tersebut terlihat seorang lelaki ini sedang bertungkus-lumus untuk memadam api di sekitar kawasan perkuburan yang dinaiki api tersebut.

Di antara banyak-banyak kubur di situ, terlihat sebuah kubur ini masih dijilat api dan cuba dipadamkan oleh lelaki tadi.

Menurut lelaki tersebut, kejadian itu berpunca daripada kedatangan seorang individu yang menaiki kereta berwarna putih dan dengan sengaja terus membakar kubur ayah kandungnya itu. Bukan saja itu, individu tersebut juga turut didakwa memecahkan batu nisan.

Oleh sebab berasa simpati, lelaki tadi terus cuba memadamkan api yang turut merebak ke kubur yang lain. Tambahnya lagi, individu itu adalah anak kandung kepada si mati dan motifnya melakukan hal sedemikian sebab tak berpuas hati dalam urusan pembahagian harta warisan ayahnya.

Perkongsian tersebut telah mengejutkan ramai, dan sehingga kini video tersebut telah peroleh lebih dari 447k tontonan di TikTok.

@khnervn

??

♬ original sound – izuannuyasha – Wan_Mr.cloud

 

“Saat orang tua masih hidup di lempar ke saudara lain, waktu pembagian warisan dialah paling depan”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan dilakukan oleh individu tersebut. Ada yang menyifatkan bahawa orang seperti ini adalah jenis yang tak pernah kisah pada orang tuanya sewaktu hidup dan hanya muncul ketika pemberian harta ketika ibu bapanya sudah tiada.

Selain itu juga, ada yang memberi pandangan bahawa mereka lebih memilih kesejahteraan kedua ibu bapa mereka berbanding merebut urusan harta sebegini.

Reak Anak Bakar Kubur Ayah 2 Edit Reak Anak Bakar Kubur Ayah 3 Edit Reak Anak Bakar Kubur Ayah 1 Edit

Sampai hati betul anak dia sampai nekad bertindak macam itu. Moga kita semua dijauhkan dari sifat begini dan doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita.

 

Baca : “Berebut tanah, akhirnya kembali kepada tanah” – Wanita Saman Bapa RM864,000 Kerana Harta Peninggalan Maut Sehari Sebelum Perbicaraan

Foot Anak Bakar Kubur Ayah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.